Anak Lesap Entah Ke Mana, Ibu Nekad Jual Buah Pinggang Gara2 Tak Tahan Diburu Ah Long Setahun Lebih

Bagi individu yang terdesak ingin mendapatkan wang dengan segera, mereka tidak berfikir dengan panjang sehingga tersilap langkah gara-gara membuat keputusan melulu.

Iospital phone repair gombak

Akibatnya, ada yang diburu dan diperas ugut oleh Ah Long. Keadaan ini bukan sahaja boleh menimbulkan tekanan pada peminjam tetapi turut merisikokan nyawa ahli keluarga yang lain.

Persis keadaan seorang wanita di Tuban, wilayah Jawa Timur yang nekad ingin menjual buah pinggangnya kerana ingin melangsaikan hutang si anak yang ‘lesap’.

Menerusi video yang dimuat naik di Twitter Buk Camat, memaparkan seorang wanita yang mahu dikenali sebagai ER berdiri di tepi jalan sambil memegang poster bertulis ‘Dijual ginjal’ beserta nombor telefonnya.

Dia kemudiannya dihampiri oleh pasukan Unit Polis Perkhidmatan Awam yang sedang meronda pada ketika itu sebelum dibawa ke pejabat khidmat sosial untuk disoal siasat.

Menurut ibu tunggal kepada tiga orang anak itu, hutang anak keduanya mencapai ratusan juta rupiah dan terpaksa menanggung hutang berkenaan lebih setahun selepas anaknya hilang melarikan diri.

“Hutang anak saya lebih 200 juta rupiah (RM57,300) dan dah lebih setahun dia tak bayar.”

Tambahnya, anaknya yang berusia 31 tahun itu membuat pinjaman untuk memulakan perniagaan, namun tidak sanggup membayar hutang serta faedah pinjaman yang tinggi.

Walaupun dia sedar tindakan menjual buah pinggang adalah dilarang oleh agama, tetapi dia tidak mempunyai pilihan kerana pihak pemiutang sering datang ke rumahnya untuk menuntut hutang.

“Saya ditagih hutang sehinggakan mereka datang ke rumah saya. Wang bayaran bulanna adalah berbeza. Ada yang 800,000 (RM229) sehingga satu juta rupiah (RM286).”

Ciapan yang tular di laman Twitter