Connect with us

Viral

“Taknaklah, semua dah ada” Tahu Beza Keperluan & Kehendak, Nasihat Baha Kimia Buat Netizen Salute


Siapa sahaja yang tidak kenal dengan Baha iaitu seorang pekerja di stesen minyak BHP yang lebih mesra dikenali sebagai ‘Abang Agraban’ atau ‘Abang Kimia’.

Pasti ramai yang teruja jika dapat berborak dengan Abang Agraban. Walaupun terkadang percakapannya sedikit melalut dan tidak masuk akal namun ada juga sesetangah ucapannya itu benar dan fakta yang diberikan juga tepat.

Ada sahaja video-videonya di laman TikTok, Youtube mahupun Facebook yang mampu membuatkan kita terhibur dek kerana kata-katanya yang bersahaja serta sentiasa mempunyai kenyakinan yang tinggi dalam setiap percakapannya.


Bagaimana pun, terdahulu adik kepada Baha tampil menjelaskan bahawa dia berdepan satu kisah getir dimana telah mengubah kehidupannya.


Siapa sangka, rupanya ada satu peristiwa yang berlaku menyebabkan dia menjadi seperti itu dan difahamkan dulu mereka sekeluarga kesempitan hidup serta mempunyai masalah dari segi kewangan sehinggakan Baha terpaksa melupakan impiannya untuk menyambung pelajaran.

Malah dia pula yang perlu menjadi tulang belakang menyara keluarga dengan melakukan pelbagai kerja sehingga akhirnya mengalami masalah stress melampau

Baru-baru ini tular satu video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @faizeyqanuriman, kelihatan Baha diberikan sejumlah duit yang banyak untuk dibelanjakan.

Satu suara yang dipercayai ahli keluarga meminta Baha untuk membeli baju dan seluar yang baru namun nasihat Baha membuatkan orang ramai ‘terdiam’ kerana apa yang dikatakannya itu adalah betul.

Selain eggan membeli baju dan seluar baru, Baha juga mengatakan ianya bukanlah satu keperluan dan itu hanyalah sebuah pembaziran.

“Seluar tak payah beli banyak-banyak bukannya keluar pun” katanya

Malah dalam masa yang sama dia mengajak keluarganya pergi mencari kedai makan berbanding mencari barangan yang bukan keperluan.

Video yang tular:

@faizeyqanuriman #fypシ #kamisempoi♥️💙 #tiktokmalaysia🇲🇾 #katakatamotivasi ♬ bunyi asal – FaizEyqaNuriman

@faizeyqanuriman baha#fypシ #kamisempoi♥️💙 #tiktokmalaysia🇲🇾 #lawakmalaysia ♬ bunyi asal – FaizEyqaNuriman

@sayatiarachannnel kisah hidup baha #fyp #fypシ ♬ original sound – 👸💜Nika Princess💜👸

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum dengan sikapnya yang tahu apaitu keperluan dan juga kehendak malah pandai berjimat dalam berbelanja.

Dalam masa yang sama, netizen mengakui nasihat yang diberikan itu sangat menusuk ke hati kerana tidak semua orang berpikiran sebegitu dimana yang lain sibuk membeli mengikut kehendak semata-mata demi mengikut ‘trend’ semasa.

Berikut merupakan komen warga maya:


Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2022 YOY Network. Part of YOY Group Sdn.Bhd. (1462891-P)