Rezeki, jodoh, ajal dan maut adalah rahsia Allah SWT dan ianya sudah tertulis sejak kita masih dalam kandungan lagi.

Sebagai umat Islam, kita perlu yakin dan percaya dengan ketentuan yang telah ditetapkan untuk kita.

Terbaru, hasrat seorang wanita sarat hamil untuk menatap bayi yang dilahirkan tidak kesampaian selepas dia disahkan meninggal dunia akibat wabak Covid-19.

Siapa sangka, penantian dan kebahagiaan menyambut insan baru dalam keluarga berakhir dalam sekelip mata sahaja.

Lebih meruntun hati apabila mengetahui arwah yang dikenali dengan nama Nor Shahatul Aziana sempat memuat naik beberapa status di laman Facebooknya yang bernama Natalia Ali.

Dalam perkongsian tersebut, wanita ini pada awalnya menasihati orang ramai yang mempunyai isteri/wanita hamil dalam keluarga supaya menjaga SOP.

Berdasarkan gambar yang dimuat naik, kelihatan wanita ini berada di sebuah hospital dipercayai sedang membuat PCR test untuk Covid-19.

Pada keesokan harinya iaitu pada 31 Mei 2021, wanita disahkan positif Covid-19 tahap empat.

Pada 1 Jun pula, wanita ini sekali lagi menulis status di Facebook memaklumkan keadaannya dirinya dipercayai sangat lemah.

Untuk pengetahuan semua, itu adalah posting terakhir yang sempat dimuat naik arwah.

Baru-baru ini, viral di media sosial mengenai satu posting dikongsikan oleh pusat jagaan ibu bersalin iaitu Lavender Confinement Care yang menceritakan tentang pemergian arwah.

“Salam takziah dari kami di Lavender Confinement Care buat keluarga customer kami iaitu arwah Puan Noor Shahatul Aziana yang telah kembali ke rahmatullah pada 7 Jun 2021 disebabkan Covid19.

“Mesej terakhir Arwah kepada kami adalah pada 31 Mei 2021 untuk memaklumkan bahawa dia disyaki positif Covid 19 dan sedang menunggu keputusan PCR.

“Menurut adik iparnya, arwah kemudiannya telah ditidurkan dan baby dilahirkan selepas itu secara czer pada 2 Jun 2021.

“Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un. Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.”

 

"If you cannot do great things, do small things in a great way." Napoleon Hill.