Tak Sempat Jadi Raja Sehari, Azar Azmi Sah Putus Tunang Dengan Penerbit Filem, Ini Penjelasannya

Jodoh dan pertemuan semuanya terletak di tangan Tuhan. Apa pun kita kena sentiasa berusaha memberikan yang terbaik dalam mencari pasangan hidup. Kisah hubungan artis yang terlerai di tengah jalan bukan lah perkara baru. Mereka juga manusia biasa seperti kita semua yang tidak dapat lari dari diuji. Terbaru, dikhabarkan pelakon cantik Azar Azmi telah pun putus [...]

Pelakon cantik Azar Azmi dikhabarkan telah pun putus tunang dengan penerbit filem tanah air.

Perkara ini telah disahkan sendiri oleh pasangan Azar iaitu Hafiz Rozlan. Hafiz memberitahu bahawa hubungan mereka sudah pun berakhir sejak 10 Februari lalu lagi.

Menurut Hafiz, ianya adalah keputusannya sendiri yang memutuskan keputusan untuk berbuat demikian.

Walau bagaimanapun dia tidak menjelaskan secara terperinci punca keretakan hubungan mereka berdua.

“Ya, betul kami sudah putus tunang. Keputusan untuk berpisah ini memang daripada pihak saya tapi punca kami putus terlalu peribadi untuk dikongsikan. Saya harap semua faham.”
“Bagi saya, semuanya soal jodoh. Jadi, sampai sini sahaja jodoh kami berdua.” Memetik kenyataan Hafiz kepada pihak mStar Online.

Hafiz juga mengakui sejak keputusan itu dibuat, dia dan Azar juga tidak lagi berkawan dan meminta orang ramai agar mendoakan yang terbaik buat mereka berdua dan hubungan kembali jernih.

Untuk rekod, Azar dan Hafiz ini telah mengadakan majlis pertunangan pada 1 Disember tahun lepas yang mana ianya diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga berserta kenalan rapat sahaja.

Pada awalnya mereka merancang untuk bertunang dalam tempoh setahun dan bakal mengadakan majlis pernikahan di penghujung tahun ini.

Namun, ianya tidak kesampaian dan jodoh mereka sampai di sini sahaja.

Azar Azmi atau nama sebenarnya Siti Azar Ameerah binti Azmi merupakan seorang pelakon dan bekas peserta Dewi Remaja 2009/10.

Sebelum menyertai Dewi Remaja, Azar memulakan kerjaya lakonan melalui watak tambahan,

Pada tahun 2010, Azar menjadi salah seorang peserta Dewi Remaja 2009/10 yang turut disertai oleh Neelofa (juara), Izara Aishah, Anzalna Nasir, Syatilla Melvin dan Ramona Zamzam.