Seniman ‘Demand’ Dana Khas, Bantuan Wang RM3000 Untuk Artis Buat Netizen Bengang

Sejak minggu lalu hangat diperkatakan apabila ada beberapa artis menyuarakan pendapat mereka bahawa golongan penggiat seni juga perlu mendapat bantuan khusus daripada kerajaan kerana ‘periuk nasi’ mereka terjejas ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Susulan itu, baru-baru ini Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) telah menyenaraikan beberapa bantuan secara ‘one off’ yang ingin diminta daripada pihak kerajaan buat [...]

Sejak beberapa hari lepas, kecoh diperkatakan apabila ada beberapa artis menyuarakan pendapat mereka bahawa golongan penggiat seni juga perlu mendapat bantuan khusus daripada kerajaan kerana ‘periuk nasi’ mereka terjejas ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) wabak COVID-19.

Rentetan daripada itu, baru-baru ini Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) telah menyenaraikan beberapa bantuan secara ‘one off’ yang ingin diminta daripada pihak kerajaan buat penggiat seni.

Di dalam cadangan tersebut, Seniman meminta pelbagai dana khas dan bantuan bernilai sehingga RM3,000.

Malah, bagi penggiat seni yang tiada KWSP dicadangkan untuk mendapat RM1000 sebulan untuk tempoh 6 bulan.

Perkara itu ternyata mengejutkan netizen yang menyifatkan permintaan itu sangat tidak masuk akal.

Ada juga yang mengatakan bantuan yang diminta seperti melebih-lebih mengalahkan mereka yang bertugas di barisan hadapan.

Netizen juga mempersoalkan apa pengorbanan dilakukan para artis sehingga perlu meminta bermacam dana khas, sedangkan pegawai perubatan yang kini bertungkus lumus serta pertaruhkan nyawa untuk COVID-19 tiada langsung meminta apa-apa.

Malah, ada juga yang membandingkan artis Malaysia dengan artis luar negara yang tidak langsung meminta sebaliknya memberikan bantuan buat rakyat mereka yang lebih memerlukan.

Menerusi tinjauan terbaru, kami mendapati Sniman sudah memadam permintaan mereka itu di laman Facebook dan Instagram.