Kanak-kanak zaman sekarang kebanyakannya sudah awal lagi terdedah dengan telefon bimbit.

Seawal usia 3 hingga 6 tahun, mereka sudah pandai melayari laman web Youtube untuk menonton video kesukaan mereka contohnya, kartun, animasi, permainan dan sebagainya.

Senang cerita, mereka ni memang tak boleh berpisah dengan gadget. Sebab itu lah ada yang mengamuk jika telefon dirampas oleh ibu bapa mereka.


Tidak dinafikan, ada baiknya menggunakan gadget namun harus kita ingat, penggunaan gadget yang terlampau juga dapat membuatkan anak lalai dan tidak fokus kerana kusyuk melayan gadget. Kesannya mungkin boleh menyebabkan dia terlanggar benda berbahaya ketika berjalan dan sebagainya.


Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang budak lelaki dilihat terlalu leka bermain telefon bimbit sehingga tidak perasan ketiadaan ahli keluarganya mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @anasuha_93, kelihatan mereka semua berada di sebuah kedai makan yang tidak diketahui lokasinya.

Namun apa yang membuatkan ramai terhibur adalah budak lelaki tersebut dilihat tidak menyedari bahawa ahli keluarganya telah bergegas masuk ke dalam kereta dan dia berseorangan di kedai makan tersebut sambil bermain telefon.

Dapat juga kita dengar jeritan adik perempuannya yang memanggil abangnya berulang kali namun tetap tidak perasan.

Pun begitu, setelah beberapa kali ayahnya mengundurkan kenderaan, dia akhirnya menyedari perkara tersebut dan terus berlari ke arah kereta sambil menahan malunya..

Berikut merupakan video yang tular:

@anasuha_93 Kejadian semalam 🤣🤣🤣🤣 tengok sampai habis. #fypシ #anakbujang #mommylife ♬ original sound – Anasuha93

@anasuha_93 Reply to @afrinaasraf04 ♬ original sound – Anasuha93

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.2M tontonan, 102.7K tanda suka, 1562 komen dan 827 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangankomen, rata-rata warga netizen terhibur dengan telatah anaknya yang boleh tidak perasan dia sedang duduk berseorangan di dalam kedai makan tersebut.

Dalam masa yang sama, para netizen juga turut berkongsi pengalaman yang sama di mana anak mereka juga sama seperti itu apatah lagi jika menonton cerita kartun animasi kegemaran mereka.

Berikut merupakan komen warga maya: