Tak Sangka Dapat Tips RM500, Abang Grab Gembira Dipermudahkan Kumpul Duit Kahwin Curi Perhatian Ramai!

Bekerja sebagai seorang penghantar makanan ini bukanlah sesuatu yang mudah, terpaksa menghadapi pelbagai rintangan demi mencari sesuap nasi.

Iospital phone repair gombak

Walau bagaimanapun, kadangkala penghantar makanan ini dikirimkan dengan pelanggan yang bermurah hati dengan memberikan tips sama ada dalam bentuk wang ringgit mahupun makanan kepada mereka.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini di laman TikTok, yang mengisahkan seorang penghantar makanan yang menerima tips daripada seorang pelanggan dengan sejumlah wang yang begitu banyak telah meraih perhatian ramai warga maya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @pinn_yang itu, dia telah meminta rider itu memilih satu kertas daripada dua kertas yang dipegang olehnya.

Dapat dilihat, di atas kertas itu tertulis jumlah wang yang bakal diberikan kepada rider itu sama ada RM 100 ataupun RM 500.

Rider Grab yang datang bersama teman wanitanya pada awalnya seakan teragak-agak untuk memilih, akan tetapi pemilik video tersebut telah meminta agar teman wanitanya itu untuk membuat keputusan.

Sebaik sahaja mereka berjaya menarik kertas yang berjumlah RM 500, riak wajah pasangan itu terkejut apabila mereka tidak sangka menerima sejumlah wang yang begitu banyak sebagai tips mereka.


Meninjau di ruangan komen, orang ramai turut tumpang berasa gembira atas pemberian pelanggan yang bermurah hati terhadap rider berkenaan dan memuji tindakan pelanggan itu.

Ada juga individu yang menyatakan bahawa mereka mahu mengumpul wang kahwin untuk mereka bina mahligai rumahtangga bersama-sama.

Antara komen netizen:

“alhamdulillah rezeki. semoga you murah rezeki kongsi rezeki 🤲”

“Pasangan yang kita mau susah senang bersama,ada jenis yang nak dia yg diusahakan ja btw good luck cari rezeki untuk kawin🤙”

“Need more people like U. Kongsi rezeki dengan yang betol memerlukan. God bless U.”

“mengalir airmata aku bang..semoga bang dimurahkan rezeki selalu..dipermudah segalan urusan bang”

Video TikTok yang tular:

@pinn_yang Abang Grab & his gf pick the tip 🥹❤️ sweet couple! #foryou #malaysia #grabfood #couple #couplegoals #valentinesday2023 #valentinegift #love #makanlokal ♬ i can't help it – JVKE