“Tak sanggup tinggal kedai makan” Syok Layan Cerita Ultraman, Dua Lelaki Ini Curi Tumpuan

Jika diimbas kembali zaman ‘childhood’ kita dahulu, pasti ramai diantara kita yang teruja apabila dapat menonton cerita animasi di kaca TV.

Banyak cerita yang kita sering tonton contohnya yang paling famous adalah Doraemon, Power Rangers, Tom and Jerry, Kampung Boy, CatDog, Spongebob, Mr. Bean dan banyak lagi.

Namun, mengikut peredaran masa, cerita sebegini sudah jarang keluar di kaca TV.

Terbaru, tular sebuah video apabila dua orang lelaki dilihat khusyuk menonton cerita Ultraman sambil makan telah mencuri tumpuan.

Menerusi video yang tular di laman TikTok @fadhlyzulkitly, kelihatan dua orang lelaki sedang makan tengah hari di sebuah kedai makan yang tidak dikenal pasti tempatnya.

Akan tetapi, apa yang meulucukan adalah mereka dilihat sangat khusyuk dan syok menonton cerita Ultraman yang ditayangkan sambil menjamu selera.

Bukan itu sahaja malah salah seorang daripada mereka rela memusingkan kepalanya untuk menonton layar yang berada di belakangnya.

“Bila kecik-kecik parents kau suruh baca buku tak bagi tengok” katanya di ruangan kapsyen.

Video yang tular di laman TikTok:

@fadhlyzulkitly Bila Kecik2 parents kau suruh baca buku tak bagi tengok 🤣🤣🤣 #Ultraman ♬ ウルトラマンのうた – ウルトラ☆オールスターズ

Ketika artikel ini ditulis, vide tersebut telah meraih 839.7K tontonan, 95.1K tanda suka, 3483 komen dan 4338 perkongsian di TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan gelagat dua orang lelaki ini yang begitu menghayati cerita Ultraman di kedai makan.

Dalam masa yang sama, ramai juga diantara par netizen berkongikan pengalaman zaman mereka kecil dahulu.

Berikut merupakan komen daripada warga maya:

“orang lelaki perangai budak2 takkan menghilang”

“tunggu cerita habis baru boleh balik”

“budak hujung tu mesti time Ultraman dulu kena gi kelas ngaji… layan bang, jangan kelipkan mata tu..”

“hahahahahaha aku pun minat”