Tak Puas Hati Anak Dipandang Serong Sebab Meragam, Wanita Ini Pesan Orang Ramai Supaya Ada ‘Common Sense’

Proses membesarkan anak-anak bukanlah sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi pada peringkat usia 3-5 tahun yang sering kali kita lihat mereka meragam di tempat awam.

Iospital phone repair gombak

Walaupun sukar, sebagai ibu bapa, anak-anak haruslah dididik dan ditegur agar tidak tempoh meragam itu tidak mengambil masa yang terlalu lama sehingga mengganggu orang lain.

Terbaru, tular sebuah video yang memaparkan seorang wanita yang menegur individu lain yang bertindak memandang serong terhadap anaknya yang sedang meragam raih perhatian warga netizen.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok @cikguayu_imtecer itu, dapat dilihat wanita yang merupakan seorang guru itu memberikan nasihat kepada orang ramai agar menggunakan ‘common sense’ ketika berada di tempat awam.

Difahamkan, wanita itu sempat menyatakan bahawa jika tidak gemar suasana yang penuh dengan kanak-kanak, silalah bungkus dan makan di rumah sahaja.

“Biasalah budak kalau dah siap makan, tak ada benda nak main, dorang akan macam ‘meragam’.

“Ni sekali anak aku menangis, sekali dia pandang belakang.

“360 darjah pusing!

“Kalau korang tak suka dengan suasana macam tu, apa kata korang bungkus makan kat rumah je?

“Aku just nak cakaplah, tak perlu pun benda macam tu,” terangnya dengan nada yang tidak puas hati.

Melihat ke ruangan komen, ada ibu bapa yang akui turut berhadapan dengan situasi yang sama apabila anak-anak meragam di tempat awam.

Walau bagaimanapun, ramai juga yang kurang setuju dengan kenyataannya ‘makan di rumah’ sedangkan anaknya yang menangis dan mereka juga berharap agar ibu bapa ‘cari jalan’ untuk menghentikan ragam anak daripada berpanjangan.

Antara komen netizen:

“Dia sebenarnya normal je budak nangis menjerit taknak dipujuk. Tapi kekadang kita mengharapkan mak bapak dia dapat cari solution untuk hentikan anaknya menangis sebab takut anak kita pulak yang berjangkit menangis 😅”

“aku ade anak kecik, tp trgelak pulak die ckp xsuke budak menangis pegi bungkus makan kt rumah.eh anak die nanges org lain pulak kene bungkus 🤣🤣🤣🤣”


“ye btul..biasalah budak kalau tak nangis bukan budak , yang tak suka ni tggu ada anak baru tahu …hmmm x perlu nak pandang2 …🥰”

Video TikTok yang tular:

@cikguayu_imtecer common sense la sikit yer…. hurm..#cikguayu ♬ original sound – Cikgu Ayu Empire