Kereta Wanita Ini Tergantung Di Pembahagi Jalan, Rakan Lelaki Tepuk Dahi Pening Fikir Macam Mana Boleh Jadi

Kita seringkali diingatkan agar memandu dengan berhemah agar tidak berlakunya sebarang kemalangan jalan raya bahkan perlu peka dengan keadaan sekeliling.

Iospital phone repair gombak
Manakan tidak, ianya melibatkan nyawa sendiri dan juga nyawa orang lain yang tidak bersalah

Namun lain pula ceritanya dengan apa yang terjadi pada wanita ini dimana keretanya terbabas dan ‘tergantung’ di pembahagi jalan di kawasan parkir telah mencuri tumpuan ramai.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh @qisssssssskot di laman TikTok, kelihatan seorang individu merakam moment di mana kereta rakannya ‘tergantung’ semasa mahu keluar dari tempat parkir.


Dapat kita lihat Perodua Axia tersebut betul-batul berada di atas pembahagi jalan tempat keluar parking.

Apa yang membuatkan ramai terhibur adalah sekumpulan lelaki yang berada di situ turut pening bagaimana ia boleh berlaku.

“Hahahahaha noh tiba tiba member dah tergantung” Ujarnya di ruangan kapsyen

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen tidak dapat menahan ketawa melihat keadaan kereta tersebut yang seakan melekat di atas pembahagi jalan itu.

“Takpe kak divider tu yang salah dah kenapa dia ada kat tengah”- Netizen

Bukan itu sahaja, netizen juga berseloroh mengatakan perempuan tidak pernah salah dan dalam dituasi tersebut, pembahagi jalan yang salah sebab dia dibina di situ.

Antara komen wargamaya:

“Boleh ke parking kat situ”

“Sebab tu kalau nak beli kereta second hand elakkan cari leadies owner”


“Myvi sekarang dah ada team dah”

“unya la banyak tempat nak parking, kat situ juga dia nak”

“Entah siapa yang salah.. ku tak tahu..”

“7 keturunan member bahan kau kak.. harap terima dengan hati yang senang dan sabar”

“Akak ni mesti rindu nak main skate kan..”


Video yang tular di laman TikTok:

@qisssssssskothahahahaha noh tiba tiba member dah tergantung♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Ketika artikel ini ditulis, video tersbeut telah meraih 1.8M tontonan, 138.1K tanda suka, 6097 komen, 6063 simpanan dan 4620 perkongsian di applikasi TikTok.