“Tak pasal demam” Sesat Guna Waze, Dua Lelaki Terakam ‘Wanita Misteri’ Termenung Dalam Kereta Rosak Tepi Jalan

Pada masa kini, ramai yang menggunakan applikasi navigasi seperti Waze ataupun Google Maps untuk memudahkan perjalanan.

Jika jalan sesak, applikasi ini juga dapat memberikan jalan alternatif lain untuk pengguna jalan raya.

Pun begitu, lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana berlaku peristiw seram yang mungkin tidak dapat dilupakan oleh dua orang lelaki ini.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @hahasifikri, dia memberitahu rakannya menggunakan aplikasi navigasi tersebut untuk pergi ke destinasi yang dituju.

Bagaimana pun, sewaktu melalui sebuah jalan yang agak gelap, mereka terlihat sebuah kenderaan yang rosak di tepi jalan dengan keadaan lampu di dalam kereta itu menyala.

Namun apa yang membuatkan mereka terkejut adalah mereka terlihat satu sosok wanita yang duduk kaku menghadap ke hadapan.


Apabila diperlahankan video tersebut, dapat kita lihat wanita tersebut berpakaian serba putih dengan rupa yang sangat pucat.

Seram dengan penampakkan tersebut, masing-masing bertanyakan sama ada apa yang dilihat itu benar ataupun sebaliknya.

“Aku dah kata jgn guna waze!!! Cerita dia time ni kita orang nak keluar lepak. Member aku ni drive ikut waze bawa jalan mana tah. Tiba-tiba nampak kereta kuning ni tepi jalan. Bila perasan benda tu dalam kereta terus jantung rasa nak gugur weh!” Ujarnya

Mereka yang masih dalam ketakukan bagaimana pun meneruskan perjalanan seolah tiada apa yang berlaku.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen akui seram melihat video tersebut malah ada juga yang berkongsi pengalaman masing-masing sewaktu menggunakan applikasi navigasi ini.

Antara komen warga maya:



Video yang tular di laman TikTok:

@hahasifikriAku dah kata jgn guna waze!!! Cerita dia time ni kita orang nak keluar lepak. Member aku ni drive ikut waze bawa jalan mana tah. Tiba-tiba nampak kereta kuning ni tepi jalan. Bila perasan benda tu dalam kereta terus jantung rasa nak gugur weh!

♬ Creepy, scary, horror, synth, tension – Sound Production Gin