Tak Jadi Turun Ambil, Ibu Tergelak Tengok Anak Bantai Pakai ‘Topeng’ Balik Sekolah

Kehadiran cahaya mata dalam kehidupan pasangan suami isteri sudah tentu melengkapkan lagi sesebuah rumah tangga yang dibina.

Dalam fasa membesar, anak-anak sangat aktif dalam meneroka kehidupan dan sememangnya mempunyai pelbagai ragam mereka yang tersendiri dan tidak dinafikan itu juga merupakan satu proses untuk mereka belajar sesuatu perkara.

Jika di sekolah, mata pelajaran yang paling digemari anak-anak adalah pendidikan seni. Manakan tidak, subjek ini bukan sahaja menarik namun banyak menggunakan kreativiti untuk melakukan sesuatu malah dalam masa yang sama dapat mengasah bakat anak-anak yang selama ini ibu bapa tidak menyadari akan kelebihan mereka.

Sama juga seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang ibu berkongsi perangai anaknya yang memakai topeng selepas pulang dari sekolah telah mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @aiqanzainuddin, kelihatan seorang ibu ingin mengambil anaknya pulang dari sekolah.

Namun, si ibu tidak jadi turun mengambil anaknya selepas melihat kanak-kanak itu memakai topeng sebaik saja keluar dari perkarangan sekolah.

Si ibu bagaimana pun tidak dapat menahan ketawanya apabila melihat anaknya yang siap bertopeng dan difahamkan topeng tersebut merupakan hasil buatan anaknya sendiri melalui subjek Pendidikan Seni.

Video yang tular di laman TikTok:

@aiqanzainuddin

ibu x jadi turun keta amik hang anak oiiii… sakit Perot gelak

♬ Minions Laughs – Minions Laughs

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 185.5K tontonan, 7957 tanda suka, 410 komen dan 334 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut terhibur melihat kanak-kanak tersebut yang selamba keluar daripada sekolah dengan memakai topeng tersebut ekoran tidak sabar untuk menunjukkan hasil kerja subjek pendidikan seni kepada ibunya itu.

“Dia bangga nak tunjuk kat mama hasil kerja dia tu” – Netizen

Bukan itu sahaja malah para netizen yang terdiri daripada kaum ibu juga turut tampil berkongsi pengalaman lucu apabila anak-anak menunjukkan hasil kerja mereka.

Berikut merupakan komen menarik daripada warga maya: