Tak Bayar Hutang Selama 2 Tahun, Wanita Ini Perli Beri Sampul Kosong Di Majlis Perkahwinan Kawan Buat Ramai Terhibur

Hutang sememangnya wajib dilunaskan namun tidak semua orang pada masa kini bertanggungjawab untuk membayar semula wang yang dipinjam.

Bahkan ada juga yang sakan shopping dan bercuti namun hutang masih tidak dibayar. Terkadang si pemberi hutang pula perlu mengemis meminta wangnya sendiri.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini, wanita ini bertindak menuntut hutang yang sudah 2 tahun tidak dibayar mencuri perhatian ramai.

Memetik laporan Wolipop, wanita tersebut telah bertindak meminta hutang dengan cara yang unik apabila dia sengaja memberikan sampul kosong dan menuliskan beberapa ayat untuk kawannya yang berkahwin itu.

Menerusi video tersebut, pemberi hutang utu memohon maaf kerana memberi sampul yang kosong.

Dia melakukan perkara tersebut setelah rakannya masih memiliki hutang selama 2 tahun bahkan dalam masa yang sama dia juga menghalalkan hutang tersebut kerana terlalu geram dengan sikapnya.


“Maaf ya cuma beri sampul kosong, hutang kamu RM150 (Rp 500 ribu) sudah dua tahun lebih belum dibayar. Anggap saja itu adalah isi sampulku, daripada tak ada khabar. Anggap je hutang kamu dah lunas! Selamat berbahagia,” tulisnya di atas sampul tersebut.

Berkongsi lanjut, kawannya itu telah meminjam wang dan berjanji untuk membayarnya selepas mendapat gaji. Namun, dua tahun telah pun berlalu dan kawannya masih berdiam diri sehingga kini.

“Sekiranya dia boleh mengadakan majlis perkahwinan, sudah semestinya dia memiliki duit,” ujarnya.

Wanita ini juga berharap agar kisah ini dijadikan pengajaran untuk mereka yang berhutang agar cepat melunaskan bayaran.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan cara wanita ini ‘mengajar’ rakannya yang seolah-olah tidak tahu untuk membayar hutang.

Bukan itu sahaja malah metizen menganggap idea yang digunakan adalah idea yang sabgat bernas malah ada yang ingin melakukannya kepada peminjam yang tidak reti untuk membayar semula.

Antara komen warga maya:

“idea yang sangar cemerlang sekali.. auto kena mental”

“boleh dicuba ni”


Video yang tular di laman TikTok:

@yayahnurhayati537♬ suara asli – MonTheaa