Tak Bagi Tumpang Rumah, Lelaki Terkejut Di Label ‘Lupa Member’ Selepas Berkahwin

Kita sering diingatkan agar sentiasa membantu orang yang dalam kesusahan apatah lagi mereka yang merupakan sahabat sendiri. Pun begitu, tidaklah semua perkara dapat kita bantu tidak kira lah walau seakrab mana hubungan tersebut.

Hal ini kerana, masing-masing mempunyai tanggungjawab yang berbeza apatah lagi bagi mereka yang sudah pun berumah tangga.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana lelaki ini meluahkan rasa kecewa apabila dia dituduh ‘lumpa member’ selepas mendirikan rumah tangga.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @Asrullala, pada awalnya rakannya itu ingin menumpang di rumahnya di Kuala Lumpur kerana mahu mencari kerja di sana. Jelas rakannya itu, dia hanya mahu menumpang di rumah Asrul sehingga menjumpai rumah sewa baharu.

Bagaimana pun, Asrul berasa serba salah kerana dia sudah berkahwin dan memikirkan selesaan isterinya di rumah.

Disebabkan hal itu, rakan Asrul ini melenting dan mempersoalkan tempat tinggalnha jika Asrul tidak sudi membantu.

“Habis tu aku nak tinggal kat mana, bro? Takkan kau sampai hati nak tengok kawan kau ni merempat tepi jalan kot?”balasnya.


Walaupun terkejut dengan ayat tersebut, namun Asrul masih berfikiran positif dan membantunya untuk mencarikan hotel yang sangat murah buat rakannya sementara dapat pekerjaan.

Pun begitu, reaksi rakan Asrul ini sekali lagi tidak disangka-sangka apabila dia mengatakan hotel tersebut adalah hotel ‘pelac*r’.

“Hotel pelac*r yang kau bagi aku. Lagi pun sen (wang) tak ada ni bro,”balasnya lagi.

Di hujung perbualan, dia ingin meminjam duit dari Asrul namun Asrul menegaskan dia tidak mampu kerana telah membantu ramai orang dan bimbang dimarahi isteri.

Masih tidak berpuas hati, rakannya itu malabelkan Asrul ‘lupa diri’ setelah berkahwin malah sempat mengatakan akan mendoakan agar tiada siapa yang membantu Asruk jika berada dalam kesusahan.

” Time (masa) kau susah nanti aku doakan takde orang tolong kau,”doanya.



Oleh kerana sikapnya yang melampaui batas, Asrul mengambil keputusan untuk tidak membalas Whatsapp tersebut.

Asrul juga akui, dia boleh pertimbangkan jika hendak menumpang hanya 1-2 malam sahaja dan bukanlah sehingga mendapat pekerjaan kerana bimbang jika terbela ‘biawak hidup’.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen meluahkan rasa geram dengan sikap biadap rakannya itu kerana jelas dia hanya ingin mempergunakan orang lain untuk kesenangan diri sendiri.

Bukan itu sahaja, netizen juga bersetuju dengan lelaki ini. Manakan tidak, dia sudah berkahwin dan pastinya si isteri memerlukan privasi sendiri terutamanya melibatkan bab aurat seorang wanita.

Tidak cukup dengan itu, netizen memuji sikap Asrul yang bertanggungjawab dimana melebihkan keselesaan isteri daripada berbanding rakannya.

Antara komen warga maya:

“Masalah dia.. macam kita pulak puncanya”

“Nak stay rumah sebab makan free, tak yah bayar bil api air, agaknya tenet pun tumpang sekali.. nakgi mana2 nak ikut.. kereta pun nak pinjam..”

“Laaa kita pulak nak kena fikirkan”

“Dia bukan la sebab kita lupa kawan bila dah kawin, sebab kita dan ada tanggungjawab..”


Video yang tular di laman TikTok:

@asrulalabercerita pasal seorang biawak.. risau tau risau

♬ original sound – Asrul Lala