“Tak ada exam, kita dah semak,” Kisah Veveonah Jawab Peperiksaan Atas Pokok Disahkan Palsu?

Sekiranya anda masih ingat lagi pada Jun lalu, kampung di Pitas, Sabah tular apabila Veveonah Mosibin selaku pelajar dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) ‘terpaksa’ memanjat pokok di kampungnya semata-mata untuk mendapatkan capaian internet yang baik dalam membolehkan beliau menjalani peperiksaan. Kisah Veveonah Mosibin ini bukan sahaja menarik perhatian para netizen malah turut menjemput ahli politik [...]

Beberapa bulan lalu, tular Youtuber Veveonah Mosibin selaku pelajar dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) terpaksa memanjat pokok di kampungnya semata-mata untuk mendapatkan capaian internet yang baik dalam membolehkan beliau menjalani peperiksaan.

UPDATE: Mengaku Silap, Timbalan Menteri Mohon Maaf Pada Veveonah

Kisah Veveonah Mosibin ini bukan sahaja menarik perhatian para netizen malah turut menjemput ahli politik serta pihak bertanggungjawab untuk melawati kampungnya dalam usaha memberi bantuan serta menawarkan rangkaian internet yang lebih baik.

Dalam pada itu, apa yang mengejutkan, siasatan menunjukkan Veveonah tidak mempunyai sebarang peperiksaan sewaktu rakaman dibuat.

Kenyataan ini telah disahkan oleh Datuk Zahidi Zainul Abidin selaku Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia.

“Veveonah merupakan seorang YouTuber dan tidak ada peperiksaan. Kita dah semak dah. Dia hanya YouTuber untuk ambil nama, dia terkenal sekejap dan dia buat hanya untuk hiburan.

Video kenyataan Timbalan Menteri

“Ini perbuatan yang kadang-kadang kita tertipu dan kadang-kadang kita jangan mudah tertipu dengan Youtuber untuk membuat isu.

“Jadi, kita minta pihak berwajib yang tidak ada line atau blind spot, maklumkan pada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan kita akan segera atasi masalah tersebut terutamanya dari segi pendidikan,” katanya.

Susulan perkongsian video beliau di kampung juga turut mengundang pihak TM untuk menawarkan internet sehingga 300Mbps di kampung beliau pada Jun lalu.

Sebelum ini, Yayasan Nur Jauhar berkenan memberi sumbangan berupa wang tunai dan barangan keperluan yang disampaikan oleh isteri Yang Dipertua Negeri Sabah Toh Puan Norlidah R.M. Jasni selaku penasihat Yayasan Nur Jauhar di Istana Negeri, Kota Kinabalu hari ini.


Turut hadir, Pengerusi yayasan, Kolonel (Kehormat) Al-Hambra Tun Juhar, Naib Canselor UMS Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin serta ibu bapa Veveonah iaitu Mosibin Makrun dan Rofinah Ungo.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Taufiq berkata pihak pengurusan UMS telah bersetuju menyediakan biasiswa sekiranya Veveonah ditawarkan melanjutkan pengajian dalam program ijazah sarjana muda di universiti berkenaan.

“Kita harap beliau akan mengharungi cabaran menuntut ilmu dengan baik dan semoga dia cemerlang dalam akademik sekali gus mendapat pekerjaan baik kelak,” katanya.

Veveonah yang berasal dari Kampung Sapatalang, Pitas, tular di media sosial apabila video yang menceritakan pengalamannya memanjat pokok di kampungnya demi mendapatkan capaian internet untuk menduduki peperiksaan dalam talian dimuat naik olehnya di YouTube mendapat tontonan ramai serta reaksi positif warganet.