“Memang kami ada exam!!” Rakan Veveonah Sangkal Dakwaan Timbalan Menteri

Kisah seorang remaja yang tular sebelum ini apabila terpaksa memanjat pokok di kampungnya untuk menjawab peperiksaan kembali hangat diperkatakan.

Kisah Veveonah Mosibin ini bukan sahaja menarik perhatian para netizen malah turut menjemput ahli politik serta pihak bertanggungjawab untuk melawati kampungnya dalam usaha memberi bantuan serta menawarkan rangkaian internet yang lebih baik

Kita dah semak, dia hanya Youtuber

Ini kerana kenyataan daripada Timbalan Menteri Komunikasi & Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin yang mendakwa bahawa pelajar tersebut tidak mempunyai peperiksaan ketika itu.

Video kenyataan Timbalan Menteri

“Veveonah merupakan seorang YouTuber dan tidak ada peperiksaan. Kita dah semak dah. Dia hanya YouTuber untuk ambil nama, dia terkenal sekejap dan dia buat hanya untuk hiburan”.

“Ini perbuatan yang kadang-kadang kita tertipu dan kadang-kadang kita jangan mudah tertipu dengan Youtuber untuk membuat isu”. 

Peperiksaan memang berlangsung ketika itu

Walaubagaimanapun, isu ini kembali diperkatakan apabila salah seorang rakan penuntut Universiti Malaysia Sabah (UMS) ini tampil mempertahankannya.

Menerusi Twitter @WongGenHee, dia menjelaskan bahawa mereka memang mempunyai peperiksaan pada waktu itu.

Dia menjelaskan bahawa peperiksaannya berlangsung pada hari Selasa hingga Jumaat.

Ia tular beberapa hari selepas exam berlangsung

Video yang tular dan menjadi perhatian orang ramai itu dimuat naik pada tarikh 13 Jun 2020 lepas iaitu pada hari Sabtu.

“Ia mula tular beberapa hari selepas dimuat naik dan exam berlangsung. Semasa viral memang kami sudah habis exam. Sila buat kenyataan yang betul.”

Malah di ruangan komen, ramai juga rakan-rakan satu batch dengannya tampil memberikan keterangan bahawa Veveonah memang ada exam kerana mereka juga turut mendudukinya.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Komunikasi & Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin telah mengeluarkan kenyataan terbaru berkenaan isu ini.

“Merujuk kepada perbahasan di Dewan Negara hari ini, saya ingin membetulkan kenyataan mengenai adik Veveonah Mosibin tidak menjalani sebarang peperiksaan ketika video beliau belajar di atas pokok tular di media sosial.

“Saya telah mendapat maklumat yang tidak tepat dalam menjawab soalan tambahan. Saya ingin memohon maaf kepada adik Veveonah Mosibin dan juga akan membuat pembetulan di Dewan Negara Isnin nanti.

“Semoga adik Veveonah Mosibin terus maju jaya dalam setiap bidang yang diceburi.”