Syed Saddiq Antara 20 Anak Muda Paling Berpengaruh Dunia Dalam Kerajaan

Siapa yang tidak kenal dengan Syed Saddiq Abdul Rahman, Menteri Belia Dan Sukan  negara kita yang terkenal dengan kehebatannya berdebat.

Baru-baru ini YB Saddiq telah disenaraikan antara 20 anak muda paling berpengaruh di dunia dalam senarai “100 Future Leaders: The World’s Most Influential Young People in Government” terbitan Apolitical.

Beliau merupakan antara dua wakil dari Asia yang berjaya dinobatkan dalam senarai 20 teratas dunia bersama Menteri Teknologi Maklumat dan Pembangunan Luar Bandar India, Andra Pradesh.

“Belia tidak seharusnya dipinggirkan, tetapi keutamaan dalam proses pembinaan negara,” jelas Syed Saddiq kepada Apolitical.

Apolitical juga memberi perhatian terhadap usaha Syed Saddiq yang cuba mengubah umur layak mengundi dari 21 tahun kepada 18 tahun.

Apolitical adalah organisasi berpangkalan di London yang menyatukan penjawat awam dan pembuat dasar di 140 negara.

Tahniah diucapkan buat YB Saddiq dan harapnya dapat terus berkhidmat kepada semua rakyat Malaysia!