Keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands, Pahang dibatalkan oleh Mahkamah Pilihan Raya di Kuala Lumpur dan mengarahkan supaya pilihan raya diadakan semula, lapor Malaysiakini.

Hakim Azizah Nawawi berkata calon DAP M Manogaran berjaya membuktikan terdapat amalan rasuah yang menyaksikan kemenangan kepada BN.

Pada pilihan raya umum ke-14 pada Mei lalu, ketua pemuda MIC itu mengalahkan calon Manogaran yang mewakili Pakatan Harapan.

Sivaraj memperolehi 10, 307 undi manakala Manogaran pula 9,710. Calon PAS Wan Mahadir Wan Mahmud mendapat 3,587 dan calon PSM dan Berjasa hilang wang pertaruhan mereka.


Sebelum ini, kerusi Rantau telah dikosongkan atas arahan Mahkamah dan PRK akan diadakan dalam masa terdekat.

"Your favorite story, whatever it might be, was written for one reader." Brian Bloom, 5 to 7.