Syahmi Syazli Tak Kedekut Rezeki, Hadiahkan iPhone 14 Kepada Pekerja Air Balang

Apabila sudah bekerja keras sedaya yang mungkin untuk diri sendiri dan demi memberi nama baik kepada sebuah tempat, tidak dapat dinafikan mesti akan timbul rasa inginkan penghargaan.

Iospital phone repair gombak

Meskipun bukan dalam bentuk wang ringgit, ucapan mahupun penghargaan sudah cukup membuatkan seorang pekerja itu tersenyum dan berasa hasil kerjanya terbalas malah berbaloi segala penat lelahnya.

Sedemikianlah tindakan pengarah filem dan YouTuber terkenal, Syahmi Sazli yang menghadiahkan iPhone 14 kepada seorang pekerjanya baru-baru ini.

Detik-detik indah itu sempat dirakam dan dimuat naik ke dalam Facebook Syahmi Sazli Production serta menerima komen positif daripada orang ramai. Menurut Syahmi, 27, dia memilih pekerja wanita tersebut selepas dinilai oleh beberapa faktor.

“Iphone 14 untuk pekerja air balang Mi (nama panggilannya). Mi pilih berdasarkan pelbagai sudut,” tulis pengarah filem fenomena Mael Totey itu.

Menerusi video yang dikongsi, dilihat Syahmi menghulurkan kotak produk Apple tersebut kepada pekerjanya sambil diperhatikan oleh kakitangan yang lain.

Wanita yang menerima hadiah berkenaan tersipu malu dalam pada masa yang sama tersenyum kegembiraan atas pemberian yang penuh bermakna itu.

Meninjau reaksi warganet di ruangan komen, rata-ratanya memuji sifat baik hati Syahmi malah mendoakan lelaki itu agar dimurahkan rezeki sentiasa. Dalam pada itu, mereka perbendapat cara Syahmi menghargai pekerja patut dicontohi ramai majikan.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh warganet di Facebook

“boss yg baik menghargai pekerjanya,boos contoh✅

“Aku memang pelik…jual air balang pun sampai 20K sehari. Last² aku terpikir bahawa Syahmi Sazli Production ni selalu bagi hadiah dan buat cabutan…mungkin sebab itu Allah permudahkn dan perluaskan rezeki Mie…aku tabik dgn ko Mie…terbaik anak melayu Islam…SALUTE…!!!?”


“Alhamdulillah. Bos yg berkongsi rezeki in sya allah Allah swt murahkan lagi rezki. Jgn jadi mcm sesetengah bos. semua berkira smpai gaji elaun ot pun buat nyaya. Allah swt tarik rezki bos kedekut dan buat aniaya kpd pekerja. Semuga Syahmi terus sukses”

Video yang tular di laman Facebook