Susun & Bukakan Tali Kasut Ketika Kawan Solat, Tindakan Pelajar Istimewa Ini Buat Ramai Kagum

Tidak kiralah bangsa dan agama apa sekalipun namun kita diajar untuk berbuat baik antara satu sama lain bahkan peribadi seseorang itu juga melambangkan hasil didikan yang diterima.
Iospital phone repair gombak
Di bangku persekolahan, kita sedia maklum pelajar islam akan menunaikan solat berjemaah di surau yang disediakan setelah masuk sahaja waktu.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini seorang guru sempat merakam gelagat seorang pelajar istimewa berbangsa cina mencuri perhatian ramai.

Pada awalnya, guru itu berasa pelik kerana kasutnya berada di atas rak selepas selesai solat. Siapa sangka, rupa-rupanya ada seorang pelajar Cina yang menyusun kesemua kasut.


Pada hari seterusnya, dia berpura-pura duduk bersama pelajar yang lain untuk melihat perbuatannya. Apa yang menarik perhatiannya adalah apabila pelajar itu mengambil semua kasut yang berselerak dan menyusunnya di rak kasut yang disediakan.

Malah, dia juga membuka kesemua tali kasut bagi memudahkan rakan-rakannya. Perbuatannya itu jelas menunjukkan keperibadian yang baik walaupun dia merupakan insan istimewa.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memuji sikap budak lelaki berkenaan malah kagum dengan hasil didikannya di rumah.

“Hebat adik ni. Nampak didikan ibu dan ayah adik ni memang baik” – Netizen

Bukan itu sahaja, netizen juga erharap agar ianya dapat menjadi contoh kepada pelajar yang lain untuk berbuat baik sesama sendiri.

Antara komen warga maya:

“Subhanallah budak ni orang istimewa.. tak kira agam dan bangsa pun tolong susunkan kasut.. baik betul adik ni..”

“Siapalah parent dia? u have precious son”


“Bagusnya dia.. mempermudahkan urusan kawan2 nya..”

“Walaupun mereka ada kekurangan tapi merek juga ada kelebihan yang istimewa”

“Di situ nampak dia diasuh baik oleh ibu bapa.. anak yang baik”

“Istimewa dia didalam, luaran dia sangat lah mulia dan baik.. smeoga adik ni sentiasa sihat”


Video yang tular di laman TikTok:

@arasyi_28budak ni dia tak berapa sihat tetapi nampak ada budi baik yang patut kita puji👍🏻♬ suara asli – in_music6

@arasyi_28 Membalas kepada @Mohd Izuan ♬ Belum Siap Kehilangan – Afiq Adnan