“Kemain posing..” Tular Aksi Burung Gagak Manja, Siap ‘Selfie’ Sekali Curi Perhatian Ramai!

Burung gagak merupakan sejenis makhluk yang unik dan bijak. Dikatakan burung gagak ini percaya jika kita baik dengan mereka, maka mereka juga akan berbuat baik dengan kita dan begitulah sebaliknya.

Iospital phone repair gombak

Begitulah kisah yang tular di laman TikTok baru-baru ini di mana seekor burung gagak terlihat manja sehinggakan menarik perhatian para guru di sekolah tersebut.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @cikguain23 itu, burung itu dapat dilihat hinggap di sebuah koridor di kawasan berdekatan dengan pejabat guru.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila burung itu sangat jinak dan mengikuti apa sahaja arahan yang dikeluarkan oleh guru-guru yang berada di perkarangan pejabat itu.

Dapat dilihat seorang guru sempat lagi bergambar bersebelahan dengan burung gagak yang manja tersebut.

Susulan video tersebut tular, @cikguain23 telah memuat naik beberapa lagi video lain yang memaparkan aksi bersama dengan burung gagak itu.

Difahamkan menerusi video berkenaan, guru itu juga membacakan ayat Kursi pada waktu itu sambil mengusap burung gagak tersebut.

Burung gagak itu kemudian menunduk seakan-akan memberikan kepalanya terhadap guru tersebut.

Apabila meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan kejinakan burung gagak itu dan ada yang berkongsikan fakta-fakta mengenai haiwan yang unik ini.

Antara komen netizen:

“Burung gagak dia berani sikit, klau kite baling hulur roti memang dia akan datang”

“pernah bela dulu selamatkan kne pukat org. hari2 DTG umah bwak balik MCM2 Mende bersinar. 2x DPT rantai emas tulen. 🤣. jenis burung yg balas budi.”


“Gagak ni pernah dibela atau diselamatkan. Dia comfortable dengan manusia. Boleh ajar dia cari duit sendiri ni😁”

“gagak bukan sembarangan.. jgn suka cari pasal. jika buat baik dgn ya. 100x dia balas baik. jika balas jahat. gagak akn dendam”

“jgn main² dgn gagak, kau buat baik dia balas baik, kau buat jahat dia balas balik jahat”

Video TikTok yang tular:

@cikguain23 Burung gagak aneh #fye ♬ original sound – Kedai Cikgu Ain

@cikguain23 Replying to @mrs julie….. ♬ original sound – Kedai Cikgu Ain