Sungai KL & Selangor Paras Waspada, Akibat Berterusan Dilanda Hujan Lebat

Malaysia kini sering dilanda musim hujan yang lebat. Akhirnya menyebabkan air di kawasan tertutup atau tersumbat, dan juga sungai, semakin naik sehingga menyebabkan berlakunya banjir.

Memetik laporan Kosmo, dua sungai di Kuala Lumpur dilaporkan telah melebihi paras amaran dan waspada disebabkan hujan lebat berterusan.

Berdasarkan laman web info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), paras kedua-dua sungai itu masih menaik setakat pukul 11:15 malam tadi.

Difahamkan, Sungai Gombak yang terletak di Jalan TAR telah merekodkan bacaan sebanyak 30.59 meter (m) yang melenihi paras normal iaitu 29 m.

Manakala Sungai Klang di Jambatan Tun Perak pula mencatatkan bacaan 28.05 m yang melebihi paras waspada sungai tersebut.

Sebelumnya, terdapat empat sungai di Selangor yang dilaporkan melebihi paras bahaya setakat pada pukul 10 malam tadi.

Dikatakan, antara sungai di Selangor yang terlibat itu ialah Sungai Jijang di Taman Desa Merpati bertempat di Sepang, mencatatkan bacaan 13.49 meter (m) melebihi paras bahaya.

Sungai Damansara di Kg. Melayu Subang bertempat di Petaling dilaporkan mencatat bacaan 17.30 m melebihi paras amaran.

Sungai Buloh di Paya Jaras yang turut terletak di Petaling merekodkan bacaan 23.79 m dan 3.55 m melebihi paras waspada..

Begitu juga dengan Sungai Langat di Bukit Changgang, Kuala Langat mencatatkan bacaan yang sama.

Sekadar info, Kerajaan negeri Selangor telah melakukan pemantauan rapat situasi yang berhubung paras air di beberapa sungai utama serta kadar taburan hujan semasa di Selangor.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menyatakan bahawa semua agensi yang berkenaan sentiasa dalam keadaan bersiap sedia.

“Saya turut terima laporan banjir kilat di sekitar Sri Muda.

“Pintu air telah dibuka sebagai usaha untuk mempercepatkan air surut,” terang beliau.

Ketika musim banjir ini melanda, pelbagai perkara yang tidak diingini kebarangkalian boleh berlaku.

Admin harap dan mendokan agar semuanya kembali pulih seperti sedia kala, dan semoga penduduk sekitar sentiasa berhati-hati dan jaga diri terutama sekali ketika ditimpa banjir bagi mengelakkan sebarang tragedi berlaku pada diri masing-masing.