Suami Prank Hadiahkan ‘Rantai Getah’, Sekali Isteri Balas Buat Netizen Terhibur

Emas merupakan perkara yang paling digilai ramai wanita. Hampir semua wanita menggunakan emas sebagai perhiasan diri kerana sifatnya yang berkilauan dengan warna keemasan menimbulkan seri pada si pemakai.

Bahkan ramai yang menajdikan emas sebagai hadiah terbaik untuk diberikan kepada orang tersayang apatah lagi buat insan yang bergelar ibu dan isteri.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana beberapa orang anak berpakat dengan si ayah untuk mengenakan ibunya dimana mereka memberikan hadiah ‘special’ mencuri perhatian ramai.

Menerusi video tersebut, anak-anak meminta ibunya untuk menutup mata manakala si ayah pula mengeluarkan ‘sesuatu’ yang berada di dalam kotak dan dipakaikan ke leher isterinya.

Rupa-rupanya ianya adalah getah yang disambung-sambungkan menjadi sebuah rantai namun si ibu yang masih menutup mata menangis dan menyangka ianya adalah rantai emas yang besar.

Bagaimana pun, wanita tersebut tidak dapat menahan ketawanya apabila menyedari ianya bukanlah rantai emas seperti yang dijangkakan bahkan ianya hanyalah getah.

Pun begitu, kelihatan si isteri tidak berseorangan dimana suaminya juga turut di ‘prank’ dimana mereka anak beranak memberikan sebuah kotak telefon bimbit namun apabila dibuka yang ada hanyalah sekeping kertas yang tertulis ‘HA HA’.

Berdasarkan sebuah lagi video yang dimuat naik, siapa sangka, mereka sebenarnya telah menyediakan hadiah cuma sengaja nak bergurau bagi memeriahkan lagi suasana.

Dapat kita lihat betapa gembiranya pasangan suami isteri ini apabila masing-masing menerima sekalung rantai dan sebuah smartphone.

Video tular di laman Tiktok:

@combinstagram MAMA INGAT EMAS TERNYATA GETAH 🤣 #xyzbca #combihesmes #bellabasket #fyp #fyppp #masukberanda ♬ original sound – arefiq35 – Boxing 🥊

@combinstagram Reply to @duriancreperabi.gombak ♬ original sound – Bel.

@combinstagram Reply to @nobadiees ni part last dia harap semua jangan take srs ye kami adik beradik dah rancang korang je lalai sebenarnya #combihesmes ♬ original sound – Bel.

Ketika artikel ini dituls, vide tersebut telah meraih 415.3K tontonan, 45K tanda suka, 184 komen dan 344perkongsian di applikasi TikTok.

Meinjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat kedua-dua pasangan suami isteri ini di prank oleh anak-anak mereka bahkan sempat berseloroh mengatakan muka suaminya itu kelihatan seronok prank isterinya rantai getah.

Berikut merupakan komen warga maya: