Suami Kongsi Gambar Bercuti, Isteri Curiga Nampak Awek Dalam Spek Tapi Rupa-rupanya

Perempuan dengan cemburu memang tidak boleh dipisahkan. Perempuan ni kalau kawan baik perempuan dia rapat dengan perempuan lain pun kekadang boleh cemburu.

Apatah lagi jika lelaki yang dia sayang rapat dengan perempuan lain. Boleh terbang pinggan mangkuk dekat dapur!

Tak dinafikan, lelaki pun ada cemburu mereka yang tersendiri, cuma bezanya adalah, lelaki ni cemburunya bertempat manakala perempuan ni selalunya cemburu tak bertempat sehinggakan berlakunya ‘overthinking’! Hehehe

Sama juga dengan video tular yang dikongsikan oleh @roserosanne13 di laman TikTok baru-baru ini dimana seorang lelaki yang sedang bercuti bersama kawan-kawan disoal isterinya semasa berada di dalam bot telah menarik perhatian ramai.

Menerusi video tersebut, kelihatan dia sedang bermesej melalui WhatsApp dengan suaminya yang pergi bercuti di sebuah pulau bersama kawan-kawannya.

Difahamkan, suami menghantar sekeping gambar selfie bagi memaklumkan bahawa dia baru ingin bertolak ke pulau dengan menaiki speed boat

Namun keadaan semakin tegang apabila sang isteri terlihat kelibat seorang wanita memakai tudung pink melalui cermin mata hitam suaminya itu. Tanpa berdiam diri, wanita itu spontan bertanya “siapa tu, awek ke ?”

Soalan yang nampak simple tapi terkadang memerlukan daya fikir yg tinggi agar tidak berlakunya overthinking! Hehehehe

Apa yang membuatkan netizen berdekah adalah, siapa sangka rupa rupanya itu merupakan seorang lelaki iaitu kawan suaminya yang kebetulan memakai tuala berwarna pink.

Supaya tidak berlakunya salah faham, si suami menghantar semula gambarnya bersama ‘awek’ yang dimaksudkan.

Video yang tular di TikTok:

@roserosanne13Sampai hati suami

♬ Oh No (Instrumental) – Kreepa

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 2.2M tontonan, 176.5K tanda suka, 2696 komen dan 3777 perkongsian di laman TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur setelah melihat rupa ‘awek’ yang dimaksudkan isterinya. Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang menyifatkan mata isterinya itu sangat tajam.


 

Memang terbaik plot twist dia. Nasib baik lelaki, kalau tidak silap hari bulan tak dapat masuk rumah abang ni! Hehehe