Suami Gigih Melutut Depan Kedai Roti Demi Isteri Yang Craving, “Dah macam nak merompak”

Suami mana yang tak sayangkan isteri? Walau susah macam mana sekali pun permintaan si isteri, selagi boleh diberi, suami akan berusaha memenuhi yang dihajatkan.

Iospital phone repair gombak

Tambah-tambah lagi kalau si isteri sedang mengandung. Macam-macam yang dimintanya. Pun begitu, demi rumah tangga yang aman dan harmoni, suami gagahkan juga.

Persis seperti usaha gigih yang dilakukan seorang suami ini yang ingin menunaikan permintaan isterinya, membuatkan netizen terharu.

Menerusi video yang dikongsi di TikTok, seorang lelaki sanggup merayu untuk mendapatkan roti dari sebuah kedai yang sudah tutup pada waktu malam.

Walaupun pintu kedai (roller shutter) yang sudah ditarik hampir mencecah lantai, suaminya meminta jasa baik seorang pekerja kerdai bagi membeli roti di saat akhir.

“Kedai dah tutup tau (tahu) tapi dia layankan saya punya craving sampai sanggup buat macam ni.

“Staf tu dah closing (tutup) tapi suami cakap isteri mengidam sangat jadi dia pun okay saja,” tulis pemilik video, Dhira.

Dalam keadaan melutut dan membongkok, si suami menjenguk ke dalam kedai di sebalik roller shutter yang terbuka sedikit.

“Dah macam nak merompak. Terima kasih suamiku.” katanya selepas si suami berjaya mendapatkan roti sosej yang diidamkan.

Bagaimanapun, tiada kepastian sama ada si isteri hamil atau sekadar craving.

“Sedap. Kalau lalu situ bau roti semerbak,” katanya.

Sejak video ini dimuat naik beberapa hari lalu, jumlah tontonannya telah berjaya mencecah sehingga 105.9 ribu dan mendapat 6771 tanda suka!

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata tumpang bahagia untuk wanita tersebut kerana mempunyai seorang suami yang memahami.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“tak susah pun nk bhgiaa, jaga hati isteri..sekecil2 ni punn dh buat bahagiaa sgt..smogaaa layanan aidil ni smpai bila2 baik buatmu adikk 🥰”

“boleh eh camtu .. nsib bkn goreng2 hahaa .. kedai ney jual roti ke”


“Bahagianya bila diri ni disayangi😌”

“Efforts A”

“uyoooo bestnya dpt suami mcmni 🥹🫶🏻”

Video yang tular di laman TikTok

@dhiradgaf Dah macam nak merompak hahaha #bahagiaitusederhana #fypシ ♬ original sound – bigboss