Suami Berusia 90 Tahun ‘Nervous’, Telefon Diperiksa Oleh Isteri

Setiap pasangan yang melayari bahtera perkahwinan pastinya tidak mempunyai rahsia antara satu sama lain setlah akad ijab dan kabuk dilafazkan sehingga terkadang kata laluan telefon pun dikongsikan bersama.

Namun, fitrah perempuan yang kebiasannnya mempunyai perasaan cuuriga dan cemburu yang kuat apatah lagi pasangan kita sering kali menyorokkan telefon bimbitnya seolah-olah ada sesuatu yang tidak ingin diketahui oleh isterinya.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana memaparkan seorang wanita warga emas sedang memeriksa telefon suaminya walaupun sudah berusia.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu Annisa Tarigan, kelihatan si suami yang sedang berdiri itu kelihatan berdebar memerhatikan telefon bimbitnya diperiksa oleh si isteri.

Walaupun dah berusia 90 tahun, telefon bimbitnya masih dipantau oleh isteri.

Di dalam video berkenaan turut dilihat pasangan itu berbual di ruang tamu sebelum isterinya cuba mengalihkan skrin telefon tersebut.

Video yang tular di laman TikTok:

@annisatrgn269 #fypシ #fypdongggggggg ♬ original sound – Annisa Tarigan

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 411.8 tontonan, 49.3K tanda suka, 1194 komen dan 3365 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat isteri yang tekun memeriksa telefon bimbit suaminya itu.

Dalam masa yang sama, para netizen juga mengakui memang ada yang melakukan perkara tersebut agar tiada sebarang penipuan didalam perhubungan suami isteri.

Bukan itu sahaja malah ada juga netizen yang terdiri daripada kaum hawa menyatakan ianya memang ‘pekerjaan’ mereka dengan memeriksa telefon suami.

Antara komen warga maya:

“checklah macam mana sekalipun.. lelaki kalau nak curang, 1001 cara dia guna..”

“kene check setiap kali pulang, itu pekerjaan ibu2 setelah bergelar isteri.. ingat tu.. itu kerja kami”