“Situ pun dah nampak miskin minda” Cermin Kereta Penuh Ditampal Stiker Lucah, Netizen Geli Cara B40 Berfikir

Kadang kala, melihat perangai sesetengah individu membuatkan kita terfikir, ke manakah sifat malu mereka? Pakai buat sahaja apa yang diinginkan tanpa berfikir.

Iospital phone repair gombak

Adakah kerana terlalu terbawa-bawa dengan budaya barat sehingga tiada langsung perasaan segan silu dalam diri?

Persis seperti yang gempar beberapa hari lepas apabila seorang pengguna Facebook memuat naik sekeping gambar memaparkan sebuah kereta ditampal pelbagai stiker yang kurang menyenangkan.

Mana tidaknya, kereta berjenis Perodua Viva, berwarna putih itu ditampal dengan stiker lucah bersaiz besar seolah-olah bangga menunjukkannya kepada orang ramai.

Sudahlah menyakitkan pandangan pengguna jalan raya yang ada di belakangnya, menjijikkan pula!

“Tipikal kereta B40,” tulis pemilik gambar itu, Fairus Al-Haj dalam hantaran yang dibuat di laman Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini.

Menurut pendakwah Dr Nur Mohammad Hadi Zahalan, ulama berpandangan menggunakan stiker tidaklah menjadi masalah selagi mana ia tidak melanggar hukum syarak.

Kecuali, stiker yang berunsur lucah atau gambar orang lain yang digunakan tanpa kebenaran serta ditambah dengan kata-kata yang mengaibkan individu itu.

Bagaimanapun, pemilik kereta berkenaan masih tidak dapat dikenal pasti kerana identitinya tidak didedahkan kepada umum oleh pengadu.

Meninjau ke ruangan komen, rata-ratanya mempertikaikan tindakan pemandu berkenaan yang memberikan contoh negatif kepada orang yang melihatnya, terutama sekali mereka yang bawah umur.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di Facebook

“Tk penah nnpak lagi kete volkswagen ke bmw ke mercedes tampal sticker mcm ni. Tu la beza kepala otak b40 ngn m40 t20”

“Diorang buat ni, tak terfikir ke esok bila ada anak perempuan esok. Anak diorang tetiba tanya stiker apa tampal kat cermin tu? Tanya mak dia, tanya bapak dia. 🥱


Bila kita tegur, cakap tak sporting lah, alim lah. Tapi, dah musibat ni normalisasi benda tak sepatutnya.”