Peniaga Dimarah, Digelar Pemalas Hanya Kerana Meminta Pelanggan Layan Diri Bungkus Makanan Tak Habis, ‘Demand’ Layanan Seperti Raja

Amalan bungkus membungkus makanan yang tak habis di kedai makan adalah perkara biasa yang sering kita rakyat Malaysia lakukan.

Iospital phone repair gombak

‘Tapau’ juga sebenarnya bagus kerana dapat mengelakkan pembaziran daripada berlaku.

Biasalah orang kita, bila lapar, semua benda nak dipesannya, akhirnya kekenyayangan sampai tak mampu nak habiskan semua makanan.

Baru-baru ini, tular sebuah restoran yang berkonsepkan western, menyediakan perkhidmatan layan diri untuk membungkus makanan yang tak habis.

Meskipun perkhidmatan itu percuma dan dilengkapi dengan bekas makanan, sudu garfu, getah dan sebagainya, usaha bijak ini masih menerima kritikan pelanggan.

Pemilik kedai makan Garden Western Grill menjelaskan persediaan segala peralatan untuk membungkus adalah demi memudahkan pelanggan.

Tetapi, ada juga pelanggan yang marah-marah apabila pihak mereka meminta pelanggan berbuat demikian, sehinggakan ada yang menggelar mereka peniaga pemalas!

“Diminta customer yang dihormati layan diri untuk bungkus makanan yang tak habis makan. Semalam pekerja Tom kena marah dengan customer yang muda-muda dan sihat.

“Tolong lah layan diri sebab bekas tapau tom bagi free. Pakai je berapa yang nak untuk bungkus. Sekian,” kata pegusaha kedai makan itu, mengulas lanjut kisah pekerjanya dimarahi seorang pelanggan.

Ketika meneropong ke ruangan komen, di samping dikutuk, ramai juga yang menyokong cara pemilik restoran menggalakkan pelanggannya untuk tidak membazir.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh warganet di Facebook

“Suka cara mcm ni.. Kdg2 nak mintak staff bungkuskan kalau dorg bizi zsmpai hati.. Nak tggal membazir.. Mcm ni senang.. Boleh pi bungkus sndiri..”

“Jrang jumpa kdai yg buat mcm ni.. Sy lagi suka mcm ni sbb xprlu nk pnggil pelayan tlg bngkus kn..”


“Sorry to say la..kdg2 drg ni just malas..pikir drg bayar smua kene buat kan..silap2 mkn pun kene tolong suap kan..🤦🏻‍♂️

“Moga bertambah murah rezeki peniaga. Dr buang elok sedekah kt org”

“Terbaikk..boleh jdkan contoh utk para peniaga kedai makanan d luar sana….”

Hantaran yang tular di laman Facebook