Siti Aafiyah Buat Persembahan Piano Kali Pertama, Dato Siti Nurhaliza Luah Rasa Bangga

Siapa yang tidak kenal dengan anak kepada penyanyi tersohor negara Siti Aafiyah ini? Anak perempuan Dato Siti Nurhaliza ini sering menjadi tumpuan orang ramai dengan telatahnya yang comel dan mencuit hati.

Manakan tidak, Dato Siti Nurhaliza dan suaminya sudah sekian lama menantikan cahaya mata selepas 11 tahun berkahwin. Kelahiran Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa merupakan satu hadiah yang terindah buat mereka.

Baru-baru ini Dato Siti Nurhaliza telah berkongsikan sebuah video memaparkan Siti Aafiyah yang melakukan persembahan menerusi konsert piano pertama yang disertainya itu mendapat perhatian ramai.

Meskipun baru berusia empat tahun Siti Aafiyah telah menjadi peserta yang termuda. Menerusi kapsyen yang ditulisnya, Dato Siti meluahkan perasaan bangga dan gementar kerana takut anak pertamanya itu akan ‘panic’.

Pun begitu, sebagai ibu, Siti tidak dapat lari dari mempunyai perasaan yang bercampur baur dan sebak dengan persembahan tersebut.

“Hari ini Aafiyah menyertai konsert piano pertamanya. Ibu bila teacher @illypianoacademy kata Aafiyah ada konsert, ibu yang nervous sebab Aafiyah paling muda iaitu 4 tahun dan takut dia panic (ibu je over thinking sebenarnya).Bila makin dekat ibu lagi nervous bercampur excited. Hari ini ibu rasa sebak mula-mula tengok Aafiyah perform.”

“Ayah pun bangga je bila tengok anak dara dia perform sambil lentik-lentik jari tu (Ada gayaa kata Ayah)” tulisnya.

“Semoga Aafiyah dapat menimba segala ilmu dengan baik anakku. Ibu dan Ayah selalu doakan ye.Tq teacher @illypianoacademy yang sentiasa sabar mendidik anak ibu ye..Tahniah untuk majlis hari ini,” tambahnya lagi.

Menjengah di ruangan komen, rakan-rakan artis dan peminatnya turut meluahkan rasa bangga dan sebak mereka dengan pencapaian Siti Aafiyah yang sudah pandai bermain piano. Bukan itu sahaja, ada yang memberi komen agar anak perempuan Dato Siti Nurhaliza boleh bermain piano bila ibunya akan melakukan konsert.

Antara komen rakan artis dan peminat:

“Eyy geramnya dia tu!!Pastu habis perform paut kat lengan cikgu segang-segan. Tahniah budak bijak !!”


“Tumpang bangga and sebak jugak”

“Well done Aafiyah..nanti ibu buat konsert..Aafiyah boleh mainkan piano..”

“Sambil senyum..memang macam ibu diaa..”

Perkongsian yang tular di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)