Silap Isi Diesel Pada Motor LC, Pemuda Buang Minyak Atas Jalan Cetus Perdebatan Netizen

Tidak dinafikan, Kebenaran merentas negeri yang diumumkan kerajaan sejak awal Oktober nyata melegakan ramai rakyat Malaysia.

Ramai diantara kita yang mula ‘plan’ nak pergi bercuti bersama keluarga ke tempat percutian yang menarik, menziarahi pusara, menjengah orang tua di kampung dan bermacam lagi demi menghilangkan tekanan selepas beberapa hari terkurung dek kerana PKP.

Namun buat penggemar motosikal pula, inilah masa yang dinanti-nanti untuk mereka kembali melakukan aktiviti berkonvoi dan ‘ride’ secara berkumpulan untuk ke satu destinasi pelancongan.

Sama juga seperti sebuah perkongsian baru-baru ini dimana seorang lelaki merakamkan momentnya berkonvoi bersama rakan-rakannya yang lain mencuri tumpuan orang ramai.

Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok @nakodetailing, kelihatan sekumpulan pemuda ini sedang gigh mengangkat serta menterbalikkan sebuah motosikal Yamaha 135 LC dan membuang minyak didalam tanki motor tersebut.

Siapa sangka, perkara tersebut terpaksa dilakukan kerana salah seorang daripada rakannya tersilap dengan mengisi minyak diesel kedalam tangki motosikalnya.

Dikatakan, itu merupakan usha ke dua mereka kerana sebelum itu sekumpulan pemuda ini sudah cuba untuk membuang minyak diesel itu menerusi hos keluar namun cubaan tersebut tidak berjaya, kesemua mereka kemudian lantas menterbalikkan motosikal berkenaan.

Video yang tular di laman TikTok:

@nako.detailing Next video 🤣🤣 #HowLowCanYouGoLazada1111 #fyp #nakodetailing #fyppppppppppppppppppppppp #detailing #smoke #fypppppppppppppppp ♬ original sound – zakbah

@nako.detailing Balas kepada @traitor153 tk fyp pon Xpa 😌#HowLowCanYouGoLazada1111 #fyp ckup ⛔️3k 😆like nak bagi kt kwn kita ni free coating lampu #nakodetailing ♬ bunyi asal – Fikri Wahab

Video tersebut nyata membuat para netizen tersehibur kerana telatah pemuda itu tersilap mengisi jenis minyak ke dalam tangki motor, dalam pada masa yang sama, video tersebut mendapat pujian orang ramai dan menyifatkan mereka mempunyai persahabatan yang ada ketika susah dan senang.

Namun pun begitu, masih ada juga terselit kecaman daripada netizen yang mendakwa perkara tersebut dapat membahayakan pengguna jalan raya yang lain oleh kerana kuantti minyak yang dibuang itu sangat banyak.

Ada juga yang berpendapat, perkara itu dapat merosakkan permukaan tar yang akan mengakibatkan jalan mula merekah lalu berlubang.

Tidak cukup dengan itu ada segelintir netizen yang menyokong cara mereka menyelesaikan masalah tersebut kerana jika ia dibuang di atas permukaan kawasan berumput, diesel itu akan meresap masuk ke dalam tanah lalu merosakkan ekosistem.

Ekoran terdapat pelbagai pendapat daripada warga netizen, pemilik kepada video tersebut tampil menjelaskan hal sebenar bagi mengelakkan salah faham berlaku.

@nako.detailing #HowLowCanYouGoLazada1111 #fyp #nakodetailing #fyppppppppppppppppppppppp #detailing ♬ original sound – ABG BADR



Antara komen warganet:


Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah pun meraih 978.0K tontonan, 65.0K tanda suka, 1896 komen dan 1005 perkongsian di TikTok.