Connect with us

Viral

‘Signboard’ Susur Keluar Lebuhraya SUKE Terlalu Kecil, Netizen Cakap Baik ‘Print’ Dekat Kertas A4

Kebelakangan ini, Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) menjadi bualan ramai di media sosial. Pelbagai cerita yang dapat kita dengar sejak pembukaannya pada 16 September lalu.

Manakan tidak, orang ramai mengambil kesempatan untuk berhenti di lorong kecemasan bagi menikmati pemandangan dari atas lebuh raya tersebut.

Malah, perkara tersebut menjadi lebih serius apabila Lebuhraya tersebut mencatat kemalangan yang pertama walaupun baru beberapa hari buka dan difahamkan kemalangan berpunca daripada kenderaan yang berhenti di lorong kecemasan.

Tidak reda lagi isu tersebut, kini tular pula sebuah rakaman dimana pengguna lebuhraya SUKE sempat merakam papan tanda di simpang susur keluar jalan yang bersaiz kecil dan sukar untuk dibaca pemandu.


Menerusi video yang dimuatnaik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @jeppwaksalam, dapat dilihat papan tanda itu bertulis susur kanan untuk ke Ampang, Pandan Indah dan Hospital Ampang manakala susur kiri untuk ke Hulu Langat dan Bukit Ampang.

“Dengan jalan besar macam ni, lepas tu buat signboard besar tu je? Memang tak perasanlah orang nak tengok dari jauh.”

“Kalau orang bawa laju, memang auto sesat bila keluar dari highway ni. Kena hati-hati je lah kat kawasan sini.”

Tidak cukup dengan itu, lelaki ini juga sempat berseloroh mengatakan mungkin signboard tersebut dibeli di Shopee.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen akui ianya akan menyusahkan ramai pengguna jalan raya yang melalui lebuhraya tersebut oleh kerana terlepas pandang.

Bukan itu sahaja, netizen juga meminta orang ramai berhati-hati ketika melalui kawasan tersebut agar tiada perkara yang tidak diingini berlaku.

Antara komen warga maya:

“Agaknya duit bajet signboard tu kemana halanya”

“Ini signboard jalan ke signboard kenduri kahwin”

“Contractor graduated from online class”

Video yang tular di laman TikTok:

@jeppwaksalam Aku pun terkene td..korang tolong hati2 pilih simpang di susur keluar BUKIT AMPANG / LANGAT NI…. SUSUR KIRI ke LANGAT / BUKIT AMPANG.. SUSUR KANAN ke AMPANG / PANDAN INDAH / HOSP AMPANG #SUKE #sukehighway #malaysia #shopee ♬ Pusara Di Lebuhraya – Ekamatra

Advertisement

Copyright © 2022 YOY Network. Part of YOY Group Sdn.Bhd. (1462891-P)