Diperli Seperti Bawa Anjing, Wanita Berang Ramai ‘Usya Panas’ Bila Guna Tali Anti Lost

Anak yang masih kecil sememangnya memerlukan pemantauan yang lebih daripada penjaga. Manakan tidak, pantang terleka, pasti sudah hilang dari pandangan.

Bahkan, mereka juga akan menjadi lebih hyper bila berada di kawasan sesak seperti taman permainan, pasaraya ataupun mall. Jadi, ibu bapa perlu mencari alternatif agar tidak berlaku perkara buruk pada anak.

Seperti yang kita tahu, tali anti lost telahpun diperkenalkan beberapa tahun lalu namun wanita ini berkongsi pengalamannya ketika menggunakan tali tersebut pada pergelangan tangan anak.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @neeerafeefa, wanita ini meluahkan rasa kecewanya dengan segelintir individu yang seolah-olah memperlekehkan tindakan ibu bapa yang menggunakan tali anti lost tersebut.

Jelas Niraaa, sebenarnya penggunaan tali tersebut adalah sangat penting demi keselamatan anaknya agar tiada kejadian buruk yang berlaku.

Dia juga meminta orang ramai agar lebih terbuka dan tidak memberikan reaksi negatif kepada ibu bapa yang menggunakannya.

“Korang kalau nampak parent bawa anak macam ni boleh rilek sikit tak? Riak muka tu.. Jangan tengok macam kita ni buat dosa besar pakai gelang macam ni”

“Sesuatu benda dicipta mesti ada kegunaan. Benda basic kot. For your information, ni namanya baby harness wrist band protection anti lost”


“Benda boleh jadi sekelip mata je tau dak? Bayangkan tengah keluar anak hampa tiba tiba hilang dari pandangan tak ke naya?”

“Tapi dengan adanya harness baby ni, anak ampa tak boleh jauh 1 km dari ampa. So senang la ampa nak shopping ke apa even tengah focus dengan benda lain tapi anak tak boleh lari jauh.. faham ke idok?”

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memberikan komen positif dan menyokong kenyataan wanita ini kerana ada segelintir individu di luar sana yang masih tidak boleh menerima benda baharu demi keselamatan bersama.

Bukan itu sahaja, netizen juga berpendapat bahawa wanita ini perlu mengabaikan segala kritikan atau reaksi negatif yang dilontarkan oleh orang sekeliling kerana menjaga keselamatan anak adalah tanggungjawab ibu bapa itu sendiri.

Antara komen warga maya:

“Benda ni penting untuk safety tapi kenapa ramai skeptikal”

“Dulu saya ada pakai kat anak then bawa pergi night market, pakcik jual kata kat saya kenapa kalau lepas budak tu lari ke.. dia tak tahu anak saya marathon punya orang”


“Saya lagi suka tengok parents pakai kan macam ni.. lebih bertanggungjawab tak susahkan orang lain”

Video yang tular di laman TikTok:

@neeerafeefa Sekarang ni otak tu bagi terbuka sikit dengan benda baru. Jangan macam orang duduk bawah tempurung okay ? Plus xperlu usha org atas bawah 😤 aku laa mengstress btl dgn manusia gini #harnessbaby #antiloss #babywalking #firstmom ♬ DJ BIWIR BEUREUM-BEUREUM JAWER HAYAM PANO COKLAT KOPI SUSU – RUNTAH – DJ MANIKCI REMIX