Siap Merayu Minta Gadget, Telatah Kucing Tengok ‘Tom & Jerry’ Sampai Hanyut Tertidur Buat Netizen Terhibur

Terdapat banyak sebab mengapa haiwan seperti kucing ini sering menjadi perhatian dan popular dikalangan masyarakat untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan.

Selain daripada memiliki penampilan fizikal yang comel dan gebu, binatang ini turut membuatkan sesiapa sahaja yang melihatnya terpikat untuk dijadikan sebagai teman istimewa apatah lagi sejenis sukakan perhatian dari manusia untuk bermanja.

Bahkan, telatahnya juga mampu menghiburkan hari-hari kita malah terkadang ada sahaja gelagat si bulus ini yang tidak tercapai dek akal.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana si bulus ini kelihatan seperti kanak-kanak yang obses dengan gadget mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @azurazakaria370, pada awalnya kucing yang diberi nama uteh dan blackly kelihatan sedang mengusap kakinya seolah-olah memujuk untuk diberikan sesuatu.

Siapa sangka, rupa-rupanya dia cuba meujuk tuannya untuk diberikan gadget untuk menonton kartun animasi Tom & Jerry dan difahamkan ianya merupakan kartun animasi kegemaran mereka berdua.

Dapat juga kita lihat gelagat kucing tersebut yang sedikit demi sedikit ‘hanyut’ dan akhirnya terlelap malah seolah-olah gadget itu pula yang melihatnya tidur.

Bijak betul, kucing yang mengikut perkembangan semasa siap pandai tengok cerita kartun pula tu!

Video yang tular di laman TikTok:

@azurazakaria370 uteh/blackly#kucinglucu #fypシ#azwritter #tiktokviral #catlover #viralvideotiktok #fypシ゚viral #fypシ #kucinglucu #fypシ ♬ Oh No – Kreepa

Ketika artikel ini dituis, video tersebut telah meraih 530.4K tontonan, 77.6K tanda suka, 2051 komen dan 3032 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat uteh dan blackly yang melayan gadget sehingga tertidur.

Bukan itu sahaja, malah ada juga yang berseloroh mengatakan gadget tidak bagus untuk mereka dan menyarankan tuan kucing tersebut untuk memberikan si bulus itu buku.

Tidak cukup dengan itu, ada juga yang berkongsi pengalaman yang sama dimana kucing mereka sangat obses dengan gadget sehinggakan si bulus buat ‘muka kesian’ semata-mata ingin memujuk tuannya untuk diberikan gadget.

Berikut merupakan komen warga maya: