Siap Buat ‘Rehearsal’ Cara Jalan Sebelum Majlis Tunang, Gelagat Abah Gadis Ini Buat Ramai Terhibur!

Siapa sahaja yang tidak menginginkan majlis istimewa mereka berjalan dengan lancar bukan?

Iospital phone repair gombak

Oleh sebab itulah segala persiapan dilakukan untuk memastikan segala proses majlis dapat dilaksanakan dengan baik.

Baru-baru ini, tular sebuah kisah di mana seorang ayah mengajar anaknya mengenai cara berjalan untuk hari pertunangannya nanti telah membuatkan orang ramai terhibur melihatnya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @ffzti di laman TikTok itu, kelihatan ayahnya itu menyusun langkah satu per satu mengajar anaknya di tepi.

Namun apa yang membuatkan orang ramai lebih tak tahan adalah apabila ayahnya itu siap bersarungkan kain selendang di atas kepalanya!

Kelihatan agak serius, kemudian dia perhati pula cara anaknya itu berjalan menuruni anak tangga.

“Beliau took this very seriously, because why not. Help,” tulisnya di ruangan video yang tular itu.

Nampak tidak kena pada matanya, dia terus menyuruh anaknya itu untuk mulakan balik dari awal sebelum menuruni anak tangga tersebut.

Hasilnya, gadis itu berjaya mengikuti ajaran ayahnya itu menerusi klip ‘result’ yang dipaparkan.

Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 1.3M tontonan, 165.1K tanda suka, dan 2391 komen di laman platform sosial berkenaan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga maya terhibur dan memuji tindakan ayahnya yang mengajar anaknya untuk berjalan secara lemah lembut di majlis pentingnya itu.

Antara komen netizen:

“abah dia dulu mybe org2 kerja bhgian prhubungan awam smua mesti perfect, tkpn urusetia, tk pun floor manager 😅🤭 trbaikkk abah”


“🥰 abah xnk anak die nampk x elok dpn tetamu .. terbaik”

“hehe comel prgai ayhnye. ak dlu mse brtunang sebok kat dpur nk hidang org mkn. dh nk srung cincin bru org pngil ak ke dpn 😂”

“Huwargh teringat tunang dulu. Keluar pintu menonong😭. Jalan laju sbb rasa nk berlari nebes sgt hahahaha nasib dh kawen😂”

Video TikTok yang tular:

@ffzti

I tried my best 😀

♬ Tari Tualang Tiga – Puan Sri Saloma