“Kecik2 dah pandai” Cubaan ‘Fly’ Dari Sekolah Gagal, Aksi Kanak-Kanak Ini Buat Ramai Dekah!

Seperti yang kita sedia maklum, sesi persekolahan pada tahun ini sudah pun dibuka.

Iospital phone repair gombak

Pelbagai ragam dan gelagat lucu anak-anak pada hari pertama persekolahan mereka direkodkan dan dimuat naik ke media sosial.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini di mana seorang kanak-kanak cilik dilihat sedang melakukan cubaan untuk melarikan diri daripada sekolah telah membuatkan orang ramai geli hati melihatnya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @_tineyeny di laman TikTok, dapat dilihat kanak-kanak perempuan itu secara selamba menyelinap keluar melalui celahan pagar sambil dikejar oleh seorang guru di belakangnya.

Dengan tubuhnya yang kecil, dia berjaya keluar daripada pagar tersebut!

Kelihatan tangan gurunya terkapai-kapai memanggil si kecil itu untuk kembali masuk ke sekolah.

Namun apa yang membuatkan orang ramai lebih terhibur adalah apabila usaha si kecil itu terus menjadi sia-sia apabila dia ditangkap oleh dua pengawal keselamatan lalu dikembalikan ke kawasan sekolah semula.


Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, video tersebut telah mencecah sebanyak 1.6M tontonan, 104K tanda suka, dan 4710 komen di laman platform sosia berkenaan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga maya terhibur melihat si cilik itu kerana kecil-kecil lagi sudah pandai ‘fly’ dari sekolah.

Bukan itu sahaja, ada juga warganet yang berkongsikan pengalaman mereka yang melalui perkara yang lebih kurang sama di ruangan komen.

Antara komen netizen:

“kecik2 dh pandai fly 😂😂😂”

“Weh mcm aku dlu laaa 🤣🤣..penah tau lari mcm ni sbb koyakkan buku kwn..pastu takut cikgu marah 😂😂”

“kita sama dik beza nya saya tak kantoi tapi bapak jumpa tepi jalan time dia nak beli nasi lemak HAHAHAH”

“ank sy dulu, masa tahun 1, Cuba nk lari jg, tp dapat di kepung oleh cg2 Dan tukang kebun”

“Hahaha relax ja nohhh, siap sidai tudung kt pagaq lg. Acik dulu pun sama Alhamdulillah la ni baik org dia 😂”

Video TikTok yang tular:

@_tineyeny #haripertamasekolah #backtoschool #fyp #fypシ ♬ Ngopi Maszeh – Happy Asmara