“Walau lain agama,” Siap Bekalkan Makanan Buka Puasa, Ibu Mertua Wanita Ini Raih Pujian Ramai

Seringkali kita dengar tentang ibu mertua dan menantu yang ‘tidak sebulu’, ada sahaja yang tidak kena dan hendak ‘bertegang urat’. Benar, dalam dunia realiti memang ada mertua yang seakan seperti watak Sabariah dalam cerita ‘Ibu mertua-ku’.

Ada juga kisah dimana menantu dan mertua tidak sekepala gara-gara berlainan adat mahupun agama.

Pun begitu, lain pula ceritanya dengan video yang tular baru-baru ini dimana wanita ini mempunyai hubungan yang sangat baik dengan ibu mertuanya walaupun berbeza agama.

Malah apa yang lebih menarik, apabila dia pulang ke kampung halaman, dia akan berjumpa banyak bangsa kerana ibu mertuanya adalah bangsa india, ayah mertua bangsa cina dan suaminya baru sahaja memeluk islam.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @hajarangelique, ibu mertuanya itu memasakkan makanan yang di requestnya untuk berbuka puasa.

“Balik rumah in-law last weekend.. last minute request nak nasi tomato.. Mother in-law rush masak and pack untuk bawa balik Kl buka puasa..”

“Walaupun saya dan parents in-law berbeza agama dan bangsa, we still respect each other.. thank you mommy siapkan hidangan berbuka even though mommy tak puasa..” ujarnya.

Difahamkan suaminya telah pun 7 tahun memeluk agama islam iaitu sama dengan tahun perkahwinan mereka berdua.

“Alhamdulillah genap 7 tahun husband memeluk agama islam.. husband mix then convert.. bila balik kampung, semua bangsa jumpa..

Video yang tular di laman TikTok:

@hajarangelique Bulan puasa bersama parents-in-law Saya yg non-Muslim #fyp #fypage #foryou #foryoupage #malaysiatiktok #keluargamalaysia ♬ Syukur Alhamdulillah – Wafiq Azizah

@hajarangelique Alhamdulillah. Genap 7 tahun husband memeluk agama Islam. Let’s show some support ❤️ #fyp #fypage #foryou #foryoupage ♬ Peace Be Upon You – Maher Zain

@hajarangelique Husband mix then convert, bila balik kampung, semua bangsa jumpa 🥰 #fyp #fypシ #fypage #foryou #foryoupage #theChaifamily ♬ Way Back Home – SHAUN


Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.5 tontonan, 97.5K tanda suka, 1608 komen dan 779 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum melihat hubungan baik mereka sekeliarga walaupun rata-rata mempunyai latar belakang yang berlainan seperti agama, bangsa dan adat.

Dalam masa yang sama, netizen juga berharap akan memperolehi ibu mertua yang baik seperti ibu mertua wanita ini satu hari nanti.

Berikut merupakan komen warga maya: