“Siap bawak anak bini..” Beli Rumah Tapi Pekerja Asing Tinggal Dulu, ‘Owner’ Dakwa Sudah Lama Bayar Ansuran Bulanan Jadi Perbualan Hangat Netizen

Perumahan Rakyat 1Malaysia atau lebih dikenali sebagai PR1MA merupakan antara skim perumahan yang paling popular di Malaysia. Bagi mereka yang tidak tahu, PR1MA ialah rancangan perumahan yang menyasarkan isi rumah berpendapatan sederhana.

Namun, menjadi satu isu hangat apabila berlakunya perkara yang tidak diingini dimana dikatakan ada ‘penghuni’ yang mengdiami rumah tersebut tanpa pengetahuan tuan rumah.

Sama seperti apa yang dikongsikan oleh wanita ini dimana dia berasa berang kerana rumahnya didiami oleh warga asing mencuri perhatian ramai.

Wanita yang dikenali sebagai Alis Yusof meluahkan rasa kesalnya di laman Facebook kerana rumah yang dibelinya didiami oleh pekerja pembinaan terlebih dahulu tanpa izin dan pengetahuannya.

“Apa cerita rumah PR1MA Ranggu ni kami bayar tapi pekerja yang tinggal” katanya.

Dia juga hairan mengapa pihak kontraktor membenarkan pekerja mereka untuk tinggal terlebih dahulu dalam unit yang dibeli.

Apa yang lebih menyakitkan hati adalah, pekerja tersebut turut membawa satu keluarganya untuk tinggal di kediaman yang masih dalam pembinaan tersebut.

Tidak cukup dengan itu, kelihatan juga beberapa ekor anjing peliharaan yang dibawanya masuk ke halaman rumah tersebut.

Perkara ini nyata membuatkan para netizen berang dan mencetuskan tanda tanya bagaimana pihak berwajib seperti kontraktor atau pemaju sewenang-wenangnya memberikan pelepasan kepada warga asing ini untuk menghuni rumah yang telah pun dibayar oleh pemilik.

“Tahu la prima ranggu ni belum dapat OC tapi jangan la suka – suka bagi orang lain duduk tinggal, tuan rumah belum rasmi pun tu rumah aduh bodohnya. Sudah la kesian tuan rumah tiap bulan bayar rumah.” – Netizen

Bahkan dalam masa yang sama para netizen juga turut berkongsi pengalaman yang seakan sama apabila mereka terpaksa membersihkan semula rumah tersebut gara-gara ada ‘penghuni’ yang telah merasmi terlebih dahulu rumah tersebut dan meninggalkan rumah itu dengan keadaan kotor.

Antara reaksi warga maya:

Dalam masa yang sama, ada juga warganet yang menyifatkan ianya adalah satu ‘perkara biasa’ meskipun pemilik rumah sudah mula membuat bayaran ansuran bulanan kediaman yang dibeli setelah pinjaman diluluskan.