“Sia2 hilang tangan tu nanti” Makcik Selamba ‘Parking’ Tangan Luar Kereta Cetus Kerisauan Netizen

Wanita dan emas memang berpisah tiada, bukan sahaja cantik dipakai malah dapat dijadikan pelaburan pada masa akan datang jadi tidak hairan lah jika lihat kedai emas penuh dengan kaum hawa kan ?

Pun begitu, dalam kehidupan seharian, kita tidak tahu bila bahaya akan tiba kerana malang sememangnya tidak berbau. Jika nak berlaku, sekelip mata sahaja.

Sebab itu lah kita dinasihatkan agar lebih berhati-hati dan tidak terlalu menunjuk-nunjuk harta yang kita ada termasuklah emas yang dipakai di jari, tangan leher dan sebagainya.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang mak cik dilihat mengeluarkan sebelah tangannya yang mempunyai cincin dan gelang emas besar dari sebuah tingkap kereta mencetus kerisauan warga maya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @mnrlilyly, kelihatan makcik tersebut duduk di bahagian penumpang sambil tangan kirinya terkeluar daripada tingkap.

Ekoran situasi tersebut, pengguna TikTok ini menasihatkan agar orang ramai tidak melakukan perkara itu kerana ianya mengundang bahaya pada diri sendiri.

Tidak kiralah ianya emas original 619 atau emas korea waima emas zhulian sekali pun, namun ianya tetap menjadi sasaran pihak yang tidak bertanggungjawab kerana menganggap semua perhiasan berwarna sedemikian adalah emas original 916. Bagi perompak, tak salah mereka mencuba nasib. Tapi akhirnya, mangsa yang merana.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen geram dengan sikap sambil lewa masyarakat masa kiri kerana terdapat pelbagai tragedi yang pernah berlaku seperti tangan dipotong gara-gara merompak gelang emas, jari dipotong oleh perompak gara-gara ingin mengambil cincin dan banyak lagi.

Dalam masa yang sama netizen berharap agar kaum hawa lebih peka dan mengambil serius tentang isu ini demi keselamatan diri sendiri.

Berikut merupakan komen warga maya:

“emas GM Klang kot”

“risau.. tak sayang betul..”


“jangan lah macam tu makcik.. sia2 tangan kene potong”

“tak sayang tangan ke makcik?”

“makcik nak sedekah ke tu”

“tak kena lagi.. kalau dah kena menyesal tak sudah”

Video yang tular di laman TikTok:

@nrlilyly #ohno#berhatihati#makcikgelangemas ♬ Oh No Oh No Oh No No No – Dubskie