Datin Alyah yang terkenal dengan lagu Sesal Separuh Nyawa baru saja memuat naik sekeping foto di laman Instagram miliknya beberapa hari lepas.

Foto yang disertakan dengan caption berbahasa Inggeris itu menerima pelbagai respon dan komen dari para peminatnya.

“I was born in the thunderstorm

I grew up over night I play alone i played on my own 
I survived….Queen ALYAH coming soon 

Black swan edition” 


Namun begitu, tidak semena-mena muncul komen yang tidak sepatutnya dari seorang pengguna Instagram dengan nama ohnyiormuda yang seolah-olah menyindir Datin Alyah.


Pengguna Instagram tersebut mempersoalka ketiadaan suami di sisi ibarat tidak berguna.


Malah, dia menuduh hidup sia-sia tua kerana tidak mampu melahirkan anak manakala suami pula hampir rebah ke bumi.

“Tanpa suami disisi x guna wahai @alyah81 . Sia² jer tua Xblh buat anak. Suami pulak hampir rebah ke bumi”


Tidak dapat dipastikan apa sebenarnya tujuan komen tersebut ditulis melainkan sekadar mencari perhatian.

Tidak melenting dengan komen tersebut, Datin Alyah dengan tenang mengingatkannya untuk belajar Al-Quran.

Malah Alyah turut merasa simpati dengan pengguna Instagram tersebut kerana sanggup mencari cara yang kotor seperti ini untuk menjadi tular dan popular.

Alyah turut menasihatinya untuk belajar kisah nabi agar menjadi manusia yang peka dengan hati dan perasaan orang lain.

“Kesian kat awak… kerja jaga rumah tangga orng je… Allah swt tu sebaik baik perancang. Cuba awak blaja baca Al quran dan kisah nabi insyaAllah awak akan jadi manusia yg peka dgn hati dan perasaan orng lain…. tak takut ke awak tanpa kemaafan hati yg awak sakitkan tu… mungkin awak dah terbiasa nak cari viral dan popular dgn cara mcm ni…..”

Rata-rata peminat memuji tindakan dan jawapan bijak dari Datin Alyah yang dengan tenang ‘sekolahkan’ pengguna Instagram tersebut.

"If you cannot do great things, do small things in a great way." Napoleon Hill.