“Si isteri setia ini menyorong kerusi roda suami berkilo meter jauhnya”

Kesetiaan hingga ke hujung hayat merupakan impian dan harapan setiap orang yang mendirikan rumah tangga.

Kebahagiaan itu hadir apabila sebuah pasangan saling lengkap melengkapi antara satu sama yang lain.

Pasangan yang ada semasa susah dan senang merupakan anugerah yang paling terindah buat seseorang insan.

Begitu juga dengan kisah kali ini mengenai kisah percintaan pasangan suami isteri yang menyayat hati.

Melalui perkongsian di Facebook Natipah Abu, dengan kudrat yang masih berbaki di hujung usianya , si isteri menyorong kerusi roda suaminya berkilo meter demi keikhlasan kasihnya.

Natipah Abu yang lebih mesra dikenali sebagai Kak Pah menyatakan bahawa itu merupakan kali kedua dia terlihat sepasang warga emas ini di pekan. Si isteri yang berusia 60 an setia menyorong kerusi roda suaminya yang berusia sekitar 80 an.

“Pertama kali melihat pasangan ini .. perasaan simpati yang amat sangat meruntun hati. “ Ya Allah … tentu letih sekali…” 

Kebiasaannya , dua kali seminggu si isteri akan menyorong kerusi roda suaminya ke pekan.

Isterinya memberikan suaminya sekaki payung untuk berlindung daripada panas matahari dan berteduh ketika hujan.

Namun begitu, si isteri pula tabah merelakan anggota badannya daripada air hujan yang membasahi dan teriknya matahari.

Ini bukan kisah anak yang tidak mempedulikan mak ayahnya kerana anaknya pernah membawa anaknya tinggal bersama .

Namun kesudahannya, pasangan ini hidup berdua dan memilih untuk pulang ke rumah mereka. Ini merupakan kisah seorang isteri yang tidak pernah jemu melayan sang suami malah melayannya dengan penuh kasih sayang walaupun mereka sudah pun lanjut usia .

Ini merupakan satu satunya cara beliau berkhidmat kepada suaminya kerana dia tidak pandai menunggang motosikal dan jauh sekali menggunakan kenderaan yang lain.

Beliau juga akan menghantar suaminya ke masjid pada setiap hari jumaat . Ada saja jiran tetangga yang sudi tumpangkan bahkan puas juga mereka mengajak demi meringankan bebannya namun si suami tetap enggan menyusahkan orang lain.

Maka setiap hari jumaat si isteri akan menyoroong kerusi roda suaminya ke masjid dengan jarak dua kilometer jauhnya. Mereka juga akan keluar daripada rumah seawal 11 pagi.

Yang pasti hati tertanya sendiri “Kalau aku ditempat makcik tu… sanggupkah aku begitu..”