Tidak dinafikan, gurauan dalam rumah tangga mengeratkan lagi sesebuah hubungan tersebut dan mengelakkan diri daripada bosan dengan pasangan masing-masing.

Bukan itu sahaja, kalau ditinjau aplikasi yang popular seperti Instagram, TikTok, Facebook dan bermacam lgi, mesti kita sering lihat gelagat suami isteri yang lucu dan menghiburkan.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana sang isteri menegur fizikal suami ketika makan di sebuah restoran yang tidak ketahui lokasinya mencuri perhatian ramai.


Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @sarel206, kelihatan pasangan suami isteri sedang keluar dating dan singgah makan di sebuah restoran.


Namun ketika sedang makan, si isteri bertanyakan satu soalan kepada suami yang membuatkan sang suami terkedu sambil terflashback segala babak sewaktu mereka makan bersama.


“Kenapa saya tengok abang macam dah gemuk sikit eh sekarang?” tanya si isteri.

Suami yang terdiam tiba-tiba mula mengimbas kembali detik-detik dimana si isteri meminta suaminya menghabiskan portion makanan yang tidak habis.

Lelaki tersebut yang akur kerana ingin mengelakkan pembaziran bagaimana pun menurut permintaan isteri tercinta.


Disebabkan itu, mungkin berat badannya bertambah dek kerana selalu menghabiskan makanan si isteri.

Video yang tular di laman TikTok:

@sarel206 Hangpa nak tau sebab apa aku makin tembun? Ntahlah, aku pon taktau #joke #laugh #lawak #lakibini @missd0112 ♬ original sound – Sharrel Baharum

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 137.9K tontonan, 8219 tanda suka, 1302 komen dan 1840 perkonsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan gelagat suami yang terpaksa akur demi mengelakkan pembaziran dan akhirnya bertambah berat badan.

Bukan itu sahaja, malah para netizen juga menyifatkan iaitu merupakan pengorbanan seorang suami terhadap isteri mereka.

Berikut merupakan komen warga maya:

“kita geng.. jangan kata bini, anak punya pun kita yang kena habiskan..”

“belum masuk par ank2 tak habis makan..”

“i feel you my bro”

“salah satu pengorbanan suami”

“para suami datang support bro..”