Shuk Sahar Akui Rindu Dengan Kerja Lama, Netizen Titip Kata Semangat

Siapa yang tidak kenal dengan pelawak Shuk Sahar ini? Sejak beberapa kontroversi yang melanda dirinya beberapa tahun yang lalu dia dilihat telah lama berdiam diri.

Lebih-lebih lagi apabila dia sudah berpisah dengan isterinya Rossa Sera. Kehidupan pelawak ini seolah-olah tiada tempat dalam industri hiburan. Susulan isu tersebut, kontrak Shuk sebagai penyampai radio Hot FM juga telah ditamatkan.

Baru-baru ini, Shuk telah memuat naik satu perkongsian dimana ada yang bertanyakan soalan kepada dirinya jika masih mempunyai keinginan untuk ‘comeback’.

Menerusi perkongsiannya di laman Instagram, Shuk akui rindu akan kerjanya sebagai seorang pengacara dan penyampai radio.

Dapat juga kita lihat, pelawak ini sedang berada di Istanbul dan melawati tempat-tempat bersejarah malah dia juga sempat memohon doa orang ramai agar perjalanan umrahnya dipermudahkan.

 

“Ada orang tanya shuk tak rindu ke nak melawak lagi?shuk tak rindu ke nak hosting lagi?shuk tak rindu ke nak buat comeback? Sumpah aku rindu…rindu nak melawak rindu nak hosting rindu nak bercakap ngn kengkawan dalam radio…” tulisnya di ruangan kapsyen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memberikan kata-kata semangat buat Shuk Sahar yang sekian lama tidak muncul menjadi seorang pengacara dan pelawak.

Bukan itu sahaja, mereka turut mendoakan urusan Shuk yang sedang menunaikan umrah dipermudahkan. Malah ramai yang masih merindui dengan lawak-lawaknya.

Antara komen warganet:

“Harap sangat kalau dah comeback syuk buka buku baru..boleh contoh Alif Aziz.”


“Kalau boleh nak tengok masuk jkk balik, suram gila sekarang JKK.”

“Semoga Shuk Sahar mendapat Umrah yg mabrur dan banyak2 berdoa semoga dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki dan hidayah dari Allah SWT Aamiin”


“Buang sisa sampah yg tersepit dgn nama kau dlu shuk.. bangkit balik untuk kami semua sokong kau terus…rezeki ada.kami masih suka lawak kau ..”


“Aku pn rindu dgn lawak-lawak kau shuk. Allah kurniakan kau bakat yg terbaik. Bangkit dan berubah la shuk. Jgn diulang lg kesilapan lalu. Jgn! Jgn!Jgn! Sudah-sudah la…”

Perkongsian yang tular di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by (@shuk_sahar)