Masih ‘Power’ Buat Persembahan, Nyanyian Mulan Jameela Raih Pujian Netizen

Terdahulu, pengajuran konsert yang dianjurkan oleh pelakon dan usahawan terkenal Nur Fazura yang diberi nama ‘Favtizal Fazura’ ini telah mendapat sambutan hebat peminat-peminatnya Ahad lalu. Konsert yang berlangsung di Axiata Arena ini juga menampilkan persembahan penyanyi tanah air negara Datuk M Nasir, Datuk Awie, Ratu Rock Ella, Ruffedge, Zizi Kirana, Ippo Hafiz dan Amir Masdi.

Selain itu, Mulan Jameela dan Ahmad Band dari Indonesia juga turut dijemput dan siapa sangka lagu yang dibawakan bertajuk ‘Makhluk Tuhan Paling Seksi’mendapat perhatian ramai

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh @hahsanir di laman TikTok memaparkan Mulan Jameela yang sedang berada di atas pentas itu menyanyikan lagunya dengan memakai jubah serta tudung berwarna merah malah penampilannya yang sangat menyerlah dan sopan itu juga menerima pujian ramai.

Di dalam video tersebut juga, kelihatan penonton sangat menghayati lagu ‘Makhluk Tuhan Paling Seksi’ yang dinyanyikan oleh penyanyi Indonesia ini. Manakan tidak, lagu ini sememangnya pernah ‘hits’ sewaktu ketika dahulu.

Malah suara Mulan Jameela juga tidak ubah seperti rakaman lagu walaupun usianya sudah menginjak 40-an.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet juga turut memuji penampilan penyanyi ini yang masih istiqomah. Bukan itu sahaja, ada yang mengatakan walaupun Mulan Jameela hanya berjubah namun vokal dan persembahan yang dibawakan masih tetap ‘power’

Malah ada juga yang sempat mengimbau kembali memori lagu ‘Makhluk Tuhan Yang Paling Seksi’ yang pernah popular pada tahun 2008.

Antara komen warganet:

“Dia je yang bawa lagu ni best kalau orang lain macam tak berapa best..”


“Aku dulu kecik-kecik nyanyi sampai habis, sekarang dah besar malu..”

“Mulan dah berhijab ye..alhamudillah moga terus istiqomah..”

“Ringtone saya dulu zaman nokia slide yang merah putih tu..”

“Cantik, suara pun tersangat lah mantap..nafas tak semput..”

Perkongsian yang tular di laman TikTok:

@hahsanir #mulanjameela #makhluktuhanpalingsexseeeh #fyp #cantik #kerenbanget ♬ original sound – Hahs Anir

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 383.2k tontonan, 21.0k tanda suka, 386 komen, 1027 simpanan, 297 perkongsian di laman TikTok.