“Paling padu..” Persembahan Duet Liza Hanim & TokTi Di Pentas AIM23 Raih Perhatian Netizen

Anugerah Industri Muzik kali ke-23 semalam melabuhkan tirainya dengan penuh kemeriahan apabila beberapa artis yang memegang nama besar dalam industri seni menerima anugerah.

Terdapat banyak persembahan yang dilakukan namun gandingan dua penyanyi lagenda negara iaitu Dato Siti Nurhaliza dan Liza Hanim ini nyata meraih pujian ramai malah menjadi bualan hangat di platform media sosial.

Dato Siti Nurhaliza dan Liza Hanim telah membawakan tiga bua lagu iaitu Jerat Percintaan, Gelisah Mimpi dan Cindai. Persembahan duet ini sememangnya boleh membuatkan ramai terpukau lebih-lebih lagi dengan vokal mereka yang mempunyai aura tersendiri.


Menerusi beberapa perkongsian video yang dimuat naik oleh @sitizones.official ini turut mendapat perhatian warganet. Ada yang menyifatkan persembahan duet penyanyi hebat ini merupakan persembahan yang paling dinanti-nantikan di antara semua kerana kekuatan vokal dan kemerduan suara yang dibawa.

 


Kehebatan dua penyanyi ini membuatkan peminat mengimbau kembali memori dengan nyanyian duet TokTi dan Liza Hanim di Anugerah Industri Muzik 2004 sewaktu ketika dahulu.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet juga turut mengatakan persembahan antara dua penyanyi lagenda ini sememangnya ‘padu’.

Bukan itu sahaja, netizen turut terpukau dengan kehebatan TokTi yang membawakan lagu ‘Gelisah Mimpi’ itu seperti lagunya sendiri.

Antara komen warga maya:

“Persembahan paling padu di Aim 23 mlm ni..Siti Nurhaliza berjaya membuktikan dia mempunyai kekuatan vokal & kemerduan suara sekaligus.. Tahniah!”


“Bila bermula dari bawah, bakat mereka luar biasa powwerrrr keduanya”

 


“Tak pernah dgr tokti nyanyi lagu nie sblm nie ..skli mlm nie mmg padu teruk…luv sgttt ..tokti & liza hanim”


“Part Siti je muzik turun key dalam betul, genius! And yes betul kata Siti ” suara Liza Hanim tinggi gila.. saya tak boleh lawan dia..”

“Senang senang je dia caras tuan punya lagu..”

 

Perkongsian video yang tular di laman TikTok:

@sitizones.official #aim23 #datositinurhaliza #sitizoner #tokti #bakatsiti #indonesia #no1 #biduanita #fyp #fypシ #malaysia #foryoupage #siti #sitinurhaliza #world #sitizone #queen #lizahanim ♬ bunyi asal – SitiZone

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 167.6k tontonan, 10.7k tanda suka, 568 komen, 630 simpanan, 374 perkongsian di laman TikTok.