Shin Chan, Goku, Naruto, Luffy dan Sailoor Moon Duta Rasmi Sukan Olimpik Tokyo 2020

Tahun ini, Jepun akan menjadi tuan rumah bagi Sukan Olimpik XXXII atau lebih dikenali sebagai Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Ia akan diadakan bermula 24 Julai sehingga 9 Ogos 2020 di Tokyo, Jepun.

Sebelum ini, Jepun telah mengumumkan maskot rasmi bagi sukan Olimpik Tokyo kali ini iaitu Miraitowa dan Someity.

Terbaru, mereka mengumumkan pula sembilan duta rasmi bagi acara sukan yang gilang-gemilang ini.

Di dalam video yang dimuatnaik oleh Olympic Channel di Facebook, sembilan duta tersebut adalah:

  • Sailor Moon (Sailor Moon)
  • Monkey D. Luffy (One Piece)
  • Naruto (Naruto)
  • Son Goku (Dragon Ball)
  • Cure Miracle (Pretty Cure)
  • Cure Magical (Pretty Cure)
  • Astro Boy (Astro Boy)
  • Shin (Crayon Shin-chan)
  • Jibanyan (Yo-kai Watch)

https://www.facebook.com/OlympicChannel/videos/1724049321242162/

Untuk rekod, sebelum ini Tokyo pernah menjadi tuan rumah Sukan Olimpik pada tahun 1964 dan merupakan bandaraya kelima untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik lebih daripada sekali dan yang pertama di Asia.

Bagi anda yang membesar pada tahun 90an, pastinya duta-duta sukan olimpik ini mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak dahulu.