Sherry Alhadad Melawat Mazidul Akmal Sidek, Ini Keadaan Terkini Beliau

Pelakon dan pengacara popular, Sherry Alhadad telah memuatnaik gambar beliau bersama dengan wartawan senior terkenal, Mazidul Akmal Sidek.

Sebelum ini, Mazidul Akmal Sidek telah diserang angin ahmar pada Jun 2014 dan telah menjalani pembedahan sebanyak tiga kali di bahagian kepala.

Menerusi posting tersebut, Sherry memaklumkan kunjungan beliau dari Team The Sherry Show pada hari semalam.

“Semalam kami dari team The Sherry Show melawat wartawan penyiaran yang sangat di kagumi abang Mazidul Akmal Sidek di kediamannya.

“Terkenal dengan falsafah hidupnya ‘berbisa, lantang dan berani’. Terima kasih kerana sudi menerima kunjungan kami.

“999 jenayah membawa padah. Kami sentiasa mendoakan kesihatan abang.” Tulis beliau pada ruangan kapsyen.

Rata-rata peminat mendoakan supaya Mazidul Akmal Sidek kembali sihat seperti sediakala.

Mazidul Akmal Sidek merupakan seorang wartawan penyiaran, pengacara dan penerbit televisyen Malaysia yang berkhidmat di TV3.

Mazidul terkenal dengan falsafah ‘berbisa, lantang, berani’ yang menggambarkan keperibadian beliau ketika mengendali pelbagai program terbitan TV3.

Antara rancangan yang beliau pernah kendalikan ialah 999, 360, Majalah 3 dan Aduan Rakyat.

Mazidul mengejutkan dunia kewartawanan apabila diserang angin ahmar pada Jun 2014 dan telah menjalani pembedahan sebanyak tiga kali di bahagian kepala iaitu dua kali pada tahun 2014 dan Ogos 2016 di Hospital Kuala Lumpur.

Mazidul berkahwin dengan Khairul Fazlin Kamarudin pada 21 Mei 1997 dan dikurniakan dua orang anak, Muhammad Afif Faiq dan Muhammad Azard.

Kami doakan semoga Mazidul Akmal Sidek beroleh kesihatan sepenuhnya dan dipermudahkan segala urusan.