Dulu Kanak-Kanak Paling Cantik Di Dunia, Kini Dah Jadi Wanita Tercantik Pula

Seorang model yang pernah diiktiraf sebagai kanak-kanak paling cantik di dunia pada usia enam tahun, Thylane Blondeau, kini telah dinobat sebagai wanita paling cantik di dunia.

Baru saja berusia 17 tahun, Blondeau menerima pengiktirafan itu daripada salah satu portal gaya hidup paling besar di dunia, TC Candler.

Blondeau merupakan anak kepada pasangan pemain bola sepak Perancis, Patrick Blondeau dan pereka fesyen, Veronica Loubry.

Blondeau sudah mula memperaga jenama pakaian Juicy Couture secara profesional sejak kanak-kanak dan dipilih sebagai penghias muka depan majalah Vogue Perancis pada usia 10 tahun.

Liza Soberano dari Filipina, wanita paling cantik di dunia tahun 2017, berada di tempat keempat untuk tahun 2018.

Di antara nama lain yang berjaya menembusi senarai 100 wanita paling cantik ini adalah penyanyi Indonesia, Raisa di tangga 93, pelakon Indonesia Chelsea Islan di tangga 77 manakala pelakon Bollywood Deepika Padukone dan Priyanka Chopra masing-masing di tangga 61 dan 47.

Bagi kategori lelaki paling kacak pula, bintang Aquaman, Jason Momoa dinobatkan lelaki paling kacak manakala ahli BTS, Jungkook berada di tempat kedua dan pelakon Idris Elba di tangga ketiga.

Mandatory Credit: Photo by REX/Shutterstock (5821556bm)
Jason Momoa
‘Suicide Squad’ film premiere, London, UK – 03 Aug 2016

Mereka yang berada dalam kedua-dua senarai ini dipilih daripada lebih 85,000 calon dari seluruh dunia.