Noor Nabila Nikah, Sharnaaz Muat Naik Lagu ‘Waiting In Vain’ Di Instagram

Bekas isteri pelakon Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila telah selamat melangsungkan perkahwinan bersama Engku Emran, sebentar tadi.

Sementara itu di Instagram, Sharnaaz dilihat tenang dan sempat berkongsi lagu kegemaran ramai, Waiting In Vain nyanyian Bob Marley. Steady!

Tatkala seluruh ahli keluarga bekas isteri memuat naik foto dan video majlis akad nikah Noor Nabila dan Engku Emran, Sharnaaz dilihat hanya memuat naik lagu ‘Waiting In Vain’ di Instagram Storynya.

Lagu yang sangat menyentuh jiwa itu didakwa menggambarkan perasaan Sharnaaz pada waktu ini. Lebih-lebih lagi bait-bait lirik yang terdapat dalam lagu tersebut.

“From the very first time I placed my eyes on you, girl. My heart says follow through. But I know, now, that I’m way down on your line. But the waitin’ feel is fine”

Lagu yang dinyanyikan oleh Bob Marley itu menceritakan mengenai kisah seorang lelaki yang sangat mencintai seorang wanita.

Namun, lelaki tersebut tidak tahu mengenai perasaanya sebaik sahaja wanita tersebut pergi daripada kehidupnya.

Malah, ada netizen mendakwa lagu yang dimuat naik oleh Sharnaaz seakan memberi bayangan mengenai perasaannya pada waktu ini.

Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila sah bercerai secara baik pada Julai tahun lalu selepas kontroversi rumah tangga mereka mendapat perhatian ramai.

Terdahulu, Noor Nabila Mohd Noor selamat menikahi Engku Emran Engku Zainal Abidin sebentar tadi.

Noor Nabila yang juga kakak kepada usahawan Neelofa melangsungkan pernikahan dalam majlis tertutup di sebuah masjid di sini tanpa sebarang hebahan kepada media dan masyarakat.

Dalam majlis itu, Engku Emran turut menyerahkan sebentuk cincin kepada Noor Nabila sebagai mas kahwin.

Neelofa dalam hantaran di Insta Story memuat naik video pendek Engku Emran melafazkan akad nikah.

Engku Emran sebelum ini pernah dua kali bernikah, namun kedua-duanya gagal di pertengahan jalan.

Perkahwinan pertama Engku Emran, 46, ialah dengan artis terkenal, Erra Fazira dan dikurniakan seorang cahaya mata, Engku Aleesya.

Sementara pernikahan keduanya ialah dengan pelakon dari Indonesia, Laudya Cynthia Bella yang hanya bertahan dua tahun.

Nabila pula pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon terkenal Sharnaaz Ahmad.

Perkahwinan mereka juga tidak bertahan lama. Nabila dan Sharnaaz dikurniakan cahaya mata lelaki, Jebat Jayden.