Setia Jaga Isteri Sakit Kanser, Namun Siapa Sangka Suami ‘Pergi’ Dulu

Seorang suami menjalankan tanggungjawab dengan penuh kasih menjaga isteri yang merupakan seorang pesakit kanser.

Lelaki tersebut telah menjadi contoh terbaik apabila mengambil alih tugas di rumah tanpa mengeluh.

Dia menguruskan keluarga dengan baik termasuk menukar lampin isteri yang terlantar kesakitan.

Yang sakit isteri, namun suami yang pergi terlebih dahulu

Namun begitu, siapa sangka suami terlebih dahulu pergi apabila tiba-tiba jatuh sakit akibat jangkitan kuman.

Selang dua bulan kemudian, isteri pula menyusul. Menerusi Facebook, Aklaken Sulaiman berkongsi cerita pilu cinta sejati pasangan ini.

Dia betul-betul sayangkan kau

“Cemburunya aku bila suami kau hubungi aku, minta datang melawat kau tahun lepas, aku terus panik”.

“Dia kata kau dah tahap akhir kanser dan ianya sedang mengganas kat perut kau. Aku ingat lagi kau cakap, Nal, aku ni boleh sembuh ke?. Tergamam aku”.

“Ha, sebab aku tahu kau tak boleh sembuh jadi aku pun berbohong. Aku bagi kau cerita-cerita semangat. Dalam hati, aku sedih tengok kau tapi kau tabah. Mungkin dah lama sangat sakit”.

Pampers kau dia tukar dan anak-anak dia jaga

“Ada lagi satu yang kau cakap, “Nal, aku teringin sangat nak makan. Bubur pun jadilah. Dah lama sangat aku tak makan”.

“Oh Allah, dugaan apa yang KAU turunkan pada sahabat aku ni. Tapi aku yakin kau sayangkan sahabat aku ini. Tapi dalam hati aku, terdetik untungnya kau, suami kau baik”.

“Dia betul-betul sayangkan kau. Habis segala makan pakai kau dia jaga. Pampers kau dia tukar, anak-anak dia jaga”.

Dia ambil alih tugas ibu dan isteri

“Dia ambil alih tugas ibu dan isteri. Inilah satu contoh ketua keluarga. Keadaan dia sendiri aku tengok tak terurus sebab all the time aku tengok dia uruskan hal kau”.

“Dia selalu call dan minta kawan-kawan lawat kau sebab kau happy jumpa kami”.

“Nak membawang kononnya tapi topeng gas kat muka tu 24 jam. Kalau kau gelak berwap-wap topeng tu. hahaha”.

Tanggal 5 June, macam kena gempa kami

“Masa ini kawan-kawan mula cemburu. Hebatnya suami kau Ha. Tanggal 5 June 2020. Macam kena gempa bumi kami”.

“Aku dapat berita dari sahabatku Hanim Misbah yang Fouzi masuk ICU. Eh? Apa cerita ni? Ha yang sakit kenapa Fouzi yang masuk hospital? Aku terus call hp Fouzi, sepupunya yang jawab”.

“Fouzi kena jangkitan dlm darah dia. Pergi hospital sebab sakit pinggang. Terus masuk ward dan tetiba koma. Doktor mengatakan yang Fouzi tak ada peluang nak hidup”.

Allah bagi lagi dugaan kat kau

“ALLAH. Aku terus teringat kau Ha. Allah bagi lagi dugaan kat kau. Aku plan nak call kau tapi aku tahu kau sedang sakit. Aku tanya family kau bila waktu paling baik nak call kau”.

“Belum sempat apa-apa. Aku dapat berita Fouzi dah meninggal. Tempat kau bergantung ni Ha. Aku terus call kau. Aku tak peduli dengar aje suara aku tak boleh tahan. Aku meraung kat telefon”. 

Dia yang jaga aku

“Besarnya dugaan kau Ha. Kau sabar ye. Allah betul-betul sayangkan kau ni”.

“Aku ni semput Nal, tapi bila aku dengar suara kau. Aku nak nangis juga. Macam mana aku nak sabar Nal, ini tempat aku bergantung”.

“Dia yang jaga aku. Semua dia yang buat. Siapa nak jaga aku lepas ni? Anak macam mana?”

“Dalam nafas semput kau nak juga cakap dengan aku. Aku terus call Datin Fazmi Sani. Aku kata kat Amy lepas ni, Amy aku tak nak komplen apa-apa lagi. Aku tak nak komplen air tak sedap”.

Allah ambil Fouzi masa dia tengah berbakti kepada isterinya

“Aku tak komplen apsal asik hujan. Aku tak komplen apsal aku tak kaya. Aku patut rasa syukur apa yang aku ada. Tak nak komplen! Tak nak komplen”.

“Aku sekarang betul-betul cemburu dengan kau. Allah nak hapuskan dosa kau sebelum dia amik kau. Allah ambil Fouzi masa dia tengah berbakti kepada isterinya. Aduh Fouzi”.

Eloknya cara kau pergi

“Eloknya cara kau pergi. Kau ada kasitau yang Fouzi ada mengadu sakit-sakit sebelum ke hospital tapi dia tak nak pi hospital sebab kalau dia masuk ward siapa nak jaga kau”.

“Kau siap cakap kalau kau ni sihat, kau yang bawak kete antar dia pi hospital sebab kesian kat dia”.

Isteri turut pergi dua bulan kemudian

Tapi bila dia pi hospital. Dia tak balik terus dan kau terus tak jumpa dia. Lepas Fouzi meninggal, semangat kau mcm naik balik. Kejap-kejap kau wassup aku.

Tanya siapa kerja maybank siapa kat epf socso. Aku tolong gunakan kenalan-kenalan aku untuk tolong kau. Adik kau Atikah aku selalu call.

Tanya macam-macam sebab lepas Fouzi takde, aku tak de peluang nak tanya khabar kau sebab kau selalu tak reply wassup aku. Macam mana gossip?

Anak-anak kau tukarkan pampers dan jaga kau

“Masa ini lah anak-anak kau pula mainkan peranan. Sedang anak-anak orang lain sibuk main. Anak-anak kau pula jaga kau tukarkan pampers kau. Jaga kau”.

“Masa aku melawat, anak kau pakaikan tudung kau sikat-sikat kau hias-hias kau. Apa amalan kau ye Ha? Allah bagi kau suami dan anak-anak yg baik macam ni”.

“Bukan itu saja adik beradik kau, mak kau, semua jenis tabah-tabah. Aku dengan tak malu nangis depan mak kau sebab lepas sembang dengan mak kau, aku baru tahu dari mana genetic ketabahan ni datang”.

Kau pergi dengan cara terhormat

“Setelah lama kau berjuang. Minggu lepas Allah jemput kau, sudah tiba masa kau pergi. Pergi setelah Allah bagi kau peluang untuk bertaubat. Peluang untuk menghapus dosa”.

“Kali ini aku tak nangis sebab aku tahu, kau pergi dengan cara terhormat. Tinggallah kami Ha. Tinggallah anak-anak Ha”.

“Insyaallah aku dan kawan-kawan kita akan jenguk-jenguk anak kau. Kebajikan mereka akan kami ambil tahu”.

Pergilah sahabatku

“Allah bagi peluang untuk kau tahu bila kau akan pergi. Allah bagi kau suami yang baik. Allah bagi kau anak-anak yang soleh dan solehah”.

“Allah bagi kau keluarga yang baik. Aku betul-betul cemburu Ha. Innalillahi buat sahabatku. Pergilah sahabatku”.

Semoga kisah ini menjadi pengajaran dan teladan kepada kita semua.