Setahun Kumpul Duit, Isteri Sebak Suami Hadiahkan Gelang Emas Besar

Pengorbanan seorang isteri sememangnya tiada tandingan apatah lagi yang telah bergelar ibu.

Manakan tidak, dia lah wanita yang menjaga makan minum anak-anak dan suaminya disaming memastikan segala hal rumah dalam keadaan baik.

Oleh itu, seseorang isteri itu sangatlah bertuah jika memiliki suami yang tahu erti setia dan bijak dalam menghargai pasangan.

Sama juga dengan video yang tular baru-baru ini dimana seorang suami membelikan gelang emas semasa hari ulang tahun kelahiran isteri mencui perhatian ramai.

Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Khalieda Yusra, pada awalnya suaminya secara tiba-tiba mengajak isteri tercinta untuk masuk ke sebuah kedai emas sewaktu hari ulang tahunnya yang ke-24.

Namun, secraa tiba-tiba lelaki tersebut meminta isterinya untuk mencuba memakai gelang yang bersaiz besar yang biasanya dipakai oleh ‘golongan kayangan’.

Siapa sangka, setelah kembali ke kereta, rupa-rupanya itu merupakan surprise buat isteri tercinta setelah setahun lebih kumpul duit untuk membeli hadiah tersebut.

“Dia kata setahun dia kumpul duit nak beli hadiah tahun ni.. Aku isteri yg takpernah check akaun suami. Aku tkpernah tanya bab duit dia sbab setiap bulan nafkah dia bagi elok .. ”

Apa yang membuatkan netizen bertambah sebak adalah apabila suaminya mula menitipkan doa dan kata-kata menandakan dia sangat menghargai akan jasa isterinya sepanjang hidup berumah tangga.

“Rezeki tahun ni mencurah2 .. selepas onak duri aku lalui.. aku hidup dgn dia dari susah sgt kami dlu , baju pun ulang pakai yg lusuh , makan nasi goreng berulang selama sebulan , dari dia laki yang takda sekupang dalam poket aku setia sampai dia jadi laki yang harini..”

“sekali pun aku tak pernah merungut. Dan harini dia bagi hadiah yang aku tkpernah terpikiaq.. terima kasih b”

Bukan itu sahaja, Khalieda yang juga merupakan ibu kepada dua orang cahaya mata ini mengakui memang tidak pernah periksa akaun bank atau bab duit suaminya kerana mampu jaga nafkah keluarga dengan baik.

Malah dia bersyukur dengan rezeki yang mencurah-curah saban hari dan mengalir seperti air zam-zam yang tidak pernah putus.

Video yang tular di laman TikTok:

@kiedaamy97_ Perempuan akan dihargai bila berada dalam dakapan lelaki yang betul . Terima kasih suamiku❤️ #fy #fypage #birthdaygirl #masukberanda ♬ original sound –

“Perempuan akan dihargai bila berada dalam dakapan lelaki yang betul . Terima kasih suamiku”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khalieda Yusra (@kiedx_)

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 517.9K tontonan, 55.4K tanda suka, 2969 komen dan 5496 perkongsian di TikTok

Meninjau di ruangan komen, rata-rata para netizen tumpang gembira dengan rezeki yang dikurniakan buat wanita ini, bukan sahaja mendapat gelang kegilaan para wanita diluar sana, namun dia turut mempunyai suami yang memenuhi ciri-ciri yang diidamkan.

Dalam masa yang sama, warga netizen juga sebak disaat mendengar ungkapan manis daripada mulut suami wanita ini.

Berikut merupakan komen-komen daripada warga maya: